resepi sambal ayam

Resepi sambal ayam ini sangat sedap, wangi dan pedas. Cara ini juga mudah diikuti dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas saja. Sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas, nasi minyak atau lauk sampingan lain.

Sambal ayam bukan sekadar pedas semata-mata, tetapi gabungan bawang, cili dan asam jawa memberikan aroma dan rasa yang menyelerakan. Kuah sambal yang pekat akan melekat pada ayam goreng, menjadikan setiap suapan lebih sedap.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Kunyit Rangup & Tak Keras, Lauk Yang Semua Orang Takkan Tolak

RESEPI SAMBAL AYAM SEDA, WANGI, PEDAS DAN PEKAT

resepi sambal ayam

Bahan ayam:

  • 1 ekor ayam (saiz 1.7–1.8 kg), digoreng dahulu

Bahan sambal:

  • 10 tangkai cili gemok
  • 10 tangkai cili kering kurus pedas, direbus sehingga lembut
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu serbuk cili kering (untuk warna sambal lebih cantik)
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Cili gemok, cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar sehingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau harum.
  3. Masukkan serbuk cili kering dan kacau rata. Masak hingga pecah minyak.
  4. Tambah air asam jawa, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau sebati.
  5. Masukkan ayam goreng ke dalam sambal dan gaul rata sehingga ayam sebati dengan kuah sambal.
  6. Sajikan sambal ayam panas-panas bersama nasi putih atau lauk sampingan kegemaran anda.

Tip: Untuk sambal yang lebih pedas, boleh tambah lebih cili kering atau cili gemok. Pastikan ayam digoreng garing supaya sambal menyerap rasa dengan sempurna.

Sumber: Suriani Mohd

Baca juga: Resipi Ayam Sambal Bali, Kuah Pekat Melekat & Lazat Sampai Menjilat Jari

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN