Categories: Resipi

Mudah Sangat Buat Air Soya Homemade, Modal RM1.50 Je Tapi Boleh Dapat 2 Liter Air

Air soya di antara air yang selalu kita beli untuk menghilangkan dahaga. Paling famousĀ pada bulan Ramadhan untuk dijadikan minuman berbuka. Tapi kalau dapat air soya homemade lagi nikmat!

Biasa beli saja kan, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri. Bukan sahaja mudah tapi lebih berkhasiat kerana tanpa menggunakan bahan pengawet, rasa juga lebih segar.

Buat sendiri juga lagi jimat, modal RM 1.50 saja tapi boleh dapat 2 liter air soya. Menarik kan? Jom cuba buat nanti! Ikut saja resipi perkongsikan oleh Asrinna Bakri di bawah.

BUAT SENDIRI AIR SOYA HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Kacang soya
  • Gula
  • Daun pandan

Cara-cara:

1. Cuci dan rendam kacang soya 4-5 jam atau hingga kembang. Boleh juga rendam sebelum tidur untuk masak keesokkan harinya.

2. Ulang cuci. Buang kulit-kulit yang tertanggal. Toskan.

3. Langkah ini PENTING. Kisar kacang soya dengan air. Nisbah 1 cawan kacang soya, 3 cawan air. Masukkan air sikit-sikit.

4. Tapis guna penapis kain.

5. Masak air soya dengan daun pandan. Api sederhana je. Masak sampai nak mula mendidih, boleh tutup api.

6. Masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Kacau sampai gula larut. Siap.

Untuk 250g kacang soya, dapat 2 liter air soya. Semoga bermanfaat.

Baca juga: Resipi Air Jagung Bikin Ketagih, Sedapnya Buat Untuk Berbuka!

Nasiha

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

8 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

8 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

8 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

8 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

9 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

11 hours ago