air limau kasturi madu

Sesetengah orang mungkin tak selesa dengan masalah bau badan, khususnya bau peluh yang agak kuat dan sukar dihilangkan walaupun selepas mandi. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba petua minum air limau kasturi madu ini.

Selain masalah bau badan, ada juga yang hadapi cabaran untuk mengecilkan saiz perut dan mengalami masalah sembelit, terutama bagi wanita yang sedang dalam tempoh berpantang selepas bersalin.

Terdapat satu petua mudah dan sangat berkesan yang boleh anda amalkan pada setiap pagi untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan minum air limau kasturi madu. Jom tengok cara membuatnya!

Baca juga: Cara Simpan Barli Rebus Tahan Lama, Boleh Buat Air Barli Untuk Kawal Kolesterol

RESIPI AIR LIMAU KASTURI MADU

air limau kasturi madu

Bahan-bahan:

  • 3 biji limau kasturi
  • 2 sudu besar madu asli
  • 1 cawan air suam panas

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan madu ke dalam cawan berisi air suam panas dan kacau sampai larut.

2. Kemudian, perah limau kasturi ke dalam cawan tersebut.

3. Selepas itu, kacau sampai sebati.

4. Minum pada waktu pagi ketika perut masih kosong.

*Nota penting: Jika anda ada masalah gastrik, sebaiknya ambil sedikit sarapan ringan dahulu sebelum minum air ini.

Dengan amalan minum air limau kasturi madu ini, ia dapat membantu menyahtoksin badan secara dalaman. Jadi, tiadalah masalah bau badan lagi selepas ini.

Selain itu, amalan minum air ini pada setiap pagi dapat lembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan. Oleh itu, ia dapat mengelakkan anda daripada terkena sembelit.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mastura Rashid

Baca juga: Nak Keluarkan Angin Degil Dalam Badan, Cuba Petua Minum Air Halia Madu 4 Bahan Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN