
Ramai suka tambah suhun dalam masakan berkuah kerana teksturnya yang lembut. Jika nak hasil kuah cantik dan tak kering, anda perlu tahu petua suhun tak kembang dalam kuah.
Suhun sentiasa menjadi bahan wajib dalam masakan seperti masak lemak dan sup. Apabila suhun tak kembang, kuahnya jadi kekal sedap berlemak seperti yang kita mahukan.
Nora Yusof telah kongsikan petua suhun tak kembang yang diperoleh daripada ruangan komen di Facebook. Apabila cuba sendiri semasa masak, hasilnya menjadi. Jom kita tengok!
Baca juga: 6 Cara Simpan Bawang Bombay Supaya Tak Cepat Berkulat, Memang Tahan Lama!
PETUA SUHUN TAK KEMBANG DALAM KUAH
1. Mula-mula, rendam suhun bersama fucuk (jika guna) dalam air biasa sekejap saja sampai lembut.

2. Apabila sudah lembut, buang air tadi dan rendam semula dalam air panas. Biarkan sekejap sampai suhun nampak kembang elok.
3. Selepas sudah cukup kembang, toskan air rendaman sepenuhnya. Pastikan suhun betul-betul kering sebelum masuk ke dalam masakan.
4. Masak kuah seperti biasa (contohnya kuah masak lemak atau sup). Apabila kuah sudah hampir siap, baru masukkan suhun dan fucuk.

Inilah petuanya supaya suhun tak kembang dan hasil hidangan berkuah jadi kekal sedap. Siapa sangka, tips ringkas yang ditemui secara tak sengaja boleh beri hasil sebaik ini.
Selepas ini nak masak lemak kubis, sup sayur atau tomyam, bolehlah cuba cara ini. Suhun kekal lembut dan kuah tak kering, barulah puas hati nak menjamu selera.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Nora Yusof
Baca juga: Rahsia Cili Kisar Tahan Lama Sampai 3 Bulan, Tetap Segar & Tak Berkulat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














