Santan merupakan bahan utama dalam masakan melayu. Tanpa santan, masakan seperti rendang, gulai dan kari pasti tidak sempurna. Namun begitu, kadangkala kita boleh dicabar dengan masalah santan pecah minyak.
Pasti kecewa bila kejadian ini berlaku bukan? Walaupun masakan masih boleh dimakan, namun ia kelihatan kurang menyenangkan dan tidak cantik dipandang. Lebih lagi jika mahu dihidangkan kepada tetamu.
Jangan risau, rupanya masih ada jalan untuk menyelamatkan kuah santan tersebut dengan meletakkan satu bahan rahsia. Mari ikuti perkongsian artikel ini dengan lebih lanjut.
Baca juga: Tips Perah Santan Supaya Lebih Pekat, Masakan Pun Jadi Lagi Sedap!
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Facebook bernama Diahh Dps Masak, santan yang pecah minyak boleh dibaiki dengan memasukkan daun pisang ke dalam masakan.
Kecilkan api dan kacau sentiasa selama lebih kurang 10 minit. Santan yang pecah minyak tadi akan mulai kelihatan menjadi elok semula.
Anda juga boleh menggunakan 5 tips ini untuk mengelakkan santan pecah minyak:
1. Guna api sederhana
Reneh kuah santan atas api sederhana untuk elakkan dari mendidih. Jika dididihkan atas api yang besar, akan mengakibatkan minyak dari santan keluar dengan cepat dan memecahkan teksturnya.
2. Kacau santan dengan kerap
Kacau santan dengan perlahan dan konsisten supaya santan bercampur sebati dengan kuah. Elakkan juga kacau dengan terlalu laju.
3. Letak santan cair sebelum santan pekat
Jika resipi anda menggunakan kedua-dua jenis santan, tumiskan santan cair dengan bahan-bahan lain terlebih dahulu. Kemudian baru masukkan santan pekat setelah santan cair sudah mereneh.
4. Guna santan segera
Santan segar lebih cenderung untuk pecah lemak berbanding santan segera. Berbeza dengan santan segera, ia mengandungi penstabil dan pengemulsi yang membantu santan untuk mengekalkan teksturnya.
5. Letak tepung beras
Sebelum menggaulkan santan dengan kuah, campurkan satu sudu besar tepung beras dengan santan dan kacau sehingga larut. Masukkan campuran santan dan tepung beras ke dalam kuah untuk menghasilkan kuah yang lebih sempurna.
Sumber: Facebook Diahh Dps Masak, Says
Baca juga: Tip Cantikkan Balik Santan Beku, Memang Tak Berketul Dalam Masakan
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…