burnt cheese cake

Pernah cuba buat kek guna Air Fryer? Jom cuba baut Burnt Cheese Cake. Inilah masanya untuk kita mencungkil bakat dan salah satunya adalah dengan baking.

Ramai orang cakap baking atau membuat kek ini agak sukar dan rumit tetapi tidak dengan resipi burnt cheese cake ini. Mudah dan elok kejadiannya!

Baca juga: Resipi Kek Pisang Guna Blender Pakai Sukatan Cawan, Yang Penting Moist & Tak Muak

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Sarah dan sesuai digunakan untuk yang baru belajar nak buat kek. Mudah dan ringkas.

RESIPI BURNT CHEESE CAKE GUNA AIR FRYER


Bahan-bahan:

  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan gula
  • 200ml whipping cream
  • 2 biji telur
  • 1sdb esen vanila
  • 2sdb tepung gandum
  • Garam

Cara-cara

1. Sediakan mesin blender, masukkan kesemua bahan-bahan di atas. Garam pula hanya letak secubit sahaja.

2. Kisar kesemua bahan di atas. Kemudian, letak di atas loyang yang sudah dilapik kertas. Loyang ikut saiz air fryer masing-masing.

3. Bakar suhu 160c 40minit. Buat 160c dulu sebab nak bagi masak bahagian bawah.

4. Sudah 40 minit baru tambah 5 minit lagi dan suhu tukar ke 180c. Nak bagi yang belah atas burn. Siap dibakar, sudah boleh siap hidang!

Mudah dan ringkas je kan nak buat burnt cheese cake guna air fryer. Yang penting kek tak bantat dan boleh dimakan bersama keluarga.

Anak-anak tentu suka! Terima kasih kepada Cik Puan Sarah kerana sudi berkongsi resipi kek yang mudah. Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN