bubur pulut hitam sedap

Ada sesetengah makanan yang apabila dimakan, terus teringat insan tersayang. Begitu juga dengan Bubur Pulut Hitam sedap ini, resipinya cukup mudah dan penuh kasih sayang.

Bubur Pulut Hitam ialah sejenis pencuci mulut tradisional yang sangat popular di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Ia diperbuat daripada beras pulut hitam yang direbus lama sehingga kembang dan pekat, kemudian dicampur dengan gula dan santan.

Resipi Bubur Pulut Hitam oleh Nurul Adira di Facebook bukan saja menyelerakan, malah menyentuh hati kerana resipi ini diwarisi daripada arwah ayahnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Bubur Asyura Utara Cara Mudah, Hanya Guna 2 Cawan Tepung & Santan Kotak!

RESIPI BUBUR PULUT HITAM SEDAP

bubur pulut hitam sedap

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras pulut hitam (direndam 5 hingga 6 jam dan ditoskan)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan cair (½ biji kelapa)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
  • Sedikit garam

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, rebuskan pulut hitam dengan air sampai pulut kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan gula pasir, santan cair, daun pandan dan sedikit garam.

3. Masak lagi sambil kacau sekali-sekala supaya tak pecah minyak sampai mendidih, kemudian tutup api.

4. Dalam periuk lain, panaskan santan pekat bersama sedikit garam sampai mendidih sambil sentiasa dikacau.

5. Akhir sekali, sendukkan bubur pulut hitam ke dalam mangkuk, kemudian curahkan sedikit santan pekat di atasnya. Siap untuk dihidang!

bubur pulut hitam sedap

Siapa sangka, satu mangkuk Bubur Pulut Hitam sedap sudah cukup menyatukan hati, menyegarkan kenangan dan mengubat rindu yang tak pernah padam pada orang tersayang.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Adira

Baca juga: Bubur Sum Sum Pandan, Resepi Mudah Ini Dapat Hasil Lembut Bergedik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN