Bubur gandum merupakan pencuci mulut yang ringkas, dimasak bersama gula perang dan santan. Mempunyai rasa yang lemak manis, ia menjadi kegemaran orang dahulu.
Kini, manisan itu agak sukar ditemui di mana-mana kedai atau gerai. Dari puas dicari, apa kata anda belajar sendiri cara untuk menyediakan bubur gandum di dapur?
Baca juga: Bubur Kacang Hijau Orang Kahwin, Campur Dengan Durian Lagi Bertambah Nikmatnya!
Mudah sahaja, ikuti resipi ini yang telah dikongsikan oleh Cik Puan Suriea Mohd Noor dari laman Facebook ini.
RESIPI BUBUR GANDUM
Bahan-bahan:
- 300gm biji gandum – cuci dan rebus hingga kembang
- 1 ketul gula melaka anggaran 200gm (dihiris)
- 1 cawan gula pasir
- 2 cawan santan pekat + 2 cawan air masak
- 1000ml air masak suhu bilik
- 1/3 cawan sagu – cuci dan toskan
- 3 helai daun pandan disimpul
- Sedikit garam
Cara penyediaan:
1. Toskan biji gandum yang telah kembang dan masukkan ke dalam periuk lain.
2. Kemudian tambahkan bersama-sama biji gandum, daun pandan, sagu, gula melaka, gula pasir dan garam.
3. Tuang santan dan air. Boleh tambah air ikut kepekatan citarasa masing-masing. Saya guna 1000ml air.
4. Masak hingga mendidih dan dikacau sekali sekala. Saya masak anggaran 25minit, hingga kuah pekat sedikit.
5. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Bubur Sagu Sum Sum, Sedap Lalu Kat Tekak, Lemak-lemak Manis Gitu