bubur asyura utara

Tatkala bulan Muharram hampir tiba, ramai yang akan mula cari resipi Bubur Asyura. Ada banyak variasi tapi paling disukai ramai ialah Bubur Asyura Utara.

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.

Setiap negeri terutama di semenanjung Malaysia mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Bubur Asyura Utara merupakan salah satu yang digemari.

Kali ini kami kongsikan resipi Bubur Asyura Utara yang dikongsikan oleh Surina Abadi di Facebook. Nampak macam sedap!

Baca juga: Bubur Jagung Sagu, Elak Langkah Ini Supaya Rasa Aslinya Tak Hilang

RESIPI BUBUR ASYURA UTARA

bubur asyura utara

Bahan A:

Bahan B:

  • 1 tin jagung
  • 1/2 biji labu sebelah (potong dadu)
  • 2 biji ubi keledek (potong dadu)
  • 1 cawan kacang hijau (rebus empuk terlebih dahulu)
  • 1 cawan kacang merah (rebus empuk terlebih dahulu)
  • 6 biji pisang (boleh lebihkan jika suka)

Cara-cara:

1. Satukan gula putih, gula melaka dan air, kemudian masak sehingga larut dan sejukkan.

2. Satukan semua bahan-bahan A dalam satu bekas dan bancuh sehingga sebati, kemudian tapis dan tuang terus ke dalam kuali.

3. Campur semua bahan B (kecuali pisang) ke dalam kuali berisi bahan A.

4. Masak guna api perlahan sambil sentiasa dikacau.

5. Apabila hampir masak, masukkan pisang dan masak lagi sehingga nampak berkilat (anggaran masa lebih kurang 1 jam 20 minit), kemudian padamkan api. Siap untuk dihidang!

bubur asyura utara

Bulan Muharram nanti bolehlah cuba buat Bubur Asyura Utara ini. Nak bagi keluarga, jiran atau kawan-kawan yang lain sebagai sedekah pun bagus.

Selamat mencuba!

Sumber: Surina Abadi

Baca juga: Bubur Cha Cha, Lembut Dan Lemak Manis Sampai Makan Berulang Kali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN