daging goreng kunyit

Daging goreng kunyit sentiasa menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap dan cara penyediaannya yang sangat mudah.

Namun, ada satu masalah yang sering dihadapi setiap kali memasak hidangan ini iaitu daging menjadi liat dan keras. Lagi-lagi bila daging sudah sejuk.

Untuk mengatasi masalah ini, jom baca perkongsian dan tips untuk memasak daging goreng kunyit yang lembut dan tak liat oleh Nana Ismail di bawah.

Tips Rahsia Masak Daging Goreng Kunyit Yang Lembut & Tak Liat

Nana nak share cara goreng daging berjus dan lembutt je walaupun goreng sekejap je.

Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak.

Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas je.

Bahan-bahan:

  • Daging ]
  • Bawang besar 2 biji
  • Cili padi (ikut kepedasan)
  • Kacang buncis sikit
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Cara-cara:

1. Kalau nak senang potong daging, balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Pastikan potong nipis dan ikut lawan urat daging.

2. Bila dah siap hiris nipis daging, goreng daging tanpa minyak supaya air daging keluar dan kering.

3. Lumurkan daging dengan garam dan kunyit.

daging goreng kunyit

4. Kemudian goreng daging macam biasa menggunakan minyak. Masak sekejap sahaja dalam 3 hingga 5 minit.

5. Masak sekejap sahaja supaya daging tak kecut dan berjus macam ni. Angkat daging dan ketepikan.

daging goreng kunyit

6. Dengan menggunakan minyak daging tadi, tumis bawang hingga garing dan masukkan cili. Masukkan kacang buncis dan daging yang dah digoreng tadi. Gaul sebati dan siap!

daging goreng kunyit

Kredit: Nana Ismail

Baca juga: Resipi Daging Masak Hitam Kenduri Style, Rasa Memang Padu & Lazat