ayam gunting

Kalau pergi pasar malam memang akan singgah beli ayam gunting Uncle Bob tu. Rasanya yang special membuatkan anak-anak mengemarinya.

Rasa rangup-rangup pedas gitu. Biasanya kalau beli satu mesti tak cukup.

Asyik beli je, apa kata buat sendiri di rumah, puas hati dapat hidangkan buat keluarga. Nak tahu cara membuatnya, ikuti perkongsian resipi oleh Salimah Olie ini.

Artikel berkaitan: Craving Ayam Madu Bakar Pasar Malam? Hanya Guna 4 Bahan Je Resipi Ini

Memang rasa samalah! Anak-anak memang akan suka!


Resipi Ayam Gunting Ala Uncle Bob


Dah berapa kali janji dengan anak nak buat ayam gunting. Selama ni asyiklah membeli hari-hari sampai RM12 habis.

Sebenarnya tak susah mana pun nak buat ayam gunting Uncle Bob ni. Alhamdulillah saya buat first time menjadi. Bahan pun simple je.

Bahan-bahan:

• Isi ayam bahagian dada (yang dah dibuang tulang) – Basuh bersih dan potong nipis

Bahan perap:

• 4 sudu sos tiram
• 4 sudu serbuk BBQ / sos black pepper
Kimball
• Sedikit perahan limau / lemon – Gaul semua bahan dan perapkan ayam selama 1 jam


Bahan saduran:

• Tepung Bestari pedas / original (ikut suka)
• Tepung ubi / tepung beras
• Sedikit serbuk roti (breadcrumbs)

Lain-lain:

• Serbuk cili / serbuk lada putih untuk ditaburkan selepas goreng nanti

Cara memasak:

1. Salutkan ayam dengan bahan saduran.

Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.

Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.

2. Goreng ayam seperti biasa.

Kemudian agak-agak dah sebati dan bersatu ayam dengan campuran tepung tu, bolehlah panaskan kuali, bubuh minyak masak dan goreng macam biasa.

3. Tabur serbuk cili atau lada putih

Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya. Baru ‘kick’!

Lepas tu bolehlah guntingkan ikut suka ayam tu nak besar macam mana.


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN