Kalau anda selalu gagal buat Kek Coklat Moist Leleh yang betul-betul lembut, resipi ini memang penyelamat. Tak perlu mixer atau teknik susah, hanya guna blender saja.
Resipi perkongsian Yuy Ain ini sangat sesuai untuk pemula, ibu bekerja atau sesiapa saja yang nak buat kek sedap tanpa stres. Sekali cuba, memang susah nak berhenti ulang buat.
Baca juga: Resepi Kek Butter Moist Gebu, Harum Semerbak & Lembut Di Setiap Gigitan
Bahan-bahan kisar:
*Kisar semua bahan ini sehingga sebati.
Bahan-bahan ayak:
*Ayak semua bahan kering ini.
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas.
2. Campurkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan blender.
3. Gaul hingga sebati (tak perlu pukul lama).
4. Tapis adunan untuk hasil kek lebih halus.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah dialas.
6. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
7. Angkat dan biarkan kek suam sebelum letak topping.
Bahan-bahan topping coklat leleh:
Cara-cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan topping.
2. Masak menggunakan kaedah double boiler atau api kecil.
3. Kacau sehingga coklat cair, licin dan berkilat.
4. Curahkan topping ke atas kek yang telah siap dikukus.
Cara buat Kek Coklat Moist Leleh memang sesuai untuk semua orang buat. Resipi mudah, bahan ringkas dan rasa yang memuaskan. Sekali buat, pasti mengidam lagi nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Yuy Ain
Baca juga: Kek Batik Lembut Sedap, Guna Cara Ini Baru Kekal Moist & Corak Jadi Cantik!
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…