Categories: Resipi

Buat Donat Tanpa Yis Guna Bahan Simple, Hasilnya Tetap Lembut & Gebu!

Kadang-kadang bila tekak teringin nak makan donat homemade, barulah perasan yis pula habis dekat dapur. Tapi jangan risau, sebenarnya tetap boleh buat donat tanpa yis yang lembut, gebu dan sedap hanya menggunakan bahan-bahan asas yang memang biasa ada di rumah.

Resipi mudah yang dikongsikan ini menjadi perhatian ramai sebab cara penyediaannya sangat ringkas dan tak perlu tunggu doh naik lama seperti donat biasa. Sesuai sangat untuk yang nak buat kudapan cepat waktu petang atau craving tengah malam!

Paling menarik, walaupun tanpa yis, hasil donat tetap fluffy di dalam dan sedap dimakan panas-panas bersama kopi atau teh.

Baca juga: Cekodok Pisang Lembut TANPA Tepung Gandum, Hasil Gebu & Tak Serap Minyak

RESIPI BUAT DONAT TANPA YIS

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Ayakkan tepung gandum bersama garam dan baking powder terlebih dahulu.

2. Masukkan butter dan gaul menggunakan hujung jari sehingga tekstur menjadi seperti serbuk roti.

3. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sambil menguli hingga doh lembut terbentuk.

4. Bahagikan doh kepada beberapa ketulan kecil mengikut saiz donat yang diinginkan.

5. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit sebelum ditebuk di bahagian tengah.

6. Panaskan minyak menggunakan api sederhana.

7. Goreng donat sehingga bertukar warna keemasan dan nampak cantik gebu.

8. Angkat dan toskan minyak terlebih dahulu.

9. Salut dengan gula kastor atau gula icing ikut citarasa masing-masing.

10. Siap untuk dinikmati panas-panas!

Donat Tanpa Yis Pun Tetap Gebu

Ramai yang tak sangka buat donat tanpa yis pun boleh menghasilkan tekstur lembut dan sedap seperti donat biasa. Rahsianya terletak pada penggunaan baking powder yang membantu doh naik cantik ketika digoreng.

Bahagian luar donat sedikit rangup, manakala bahagian dalam pula lembut dan fluffy. Memang ngam dijadikan minum petang untuk seisi keluarga.

Selain mudah, resipi ini juga sangat sesuai untuk beginner sebab tak perlu uli lama dan tak perlu proses perapan doh berjam-jam. Nak buat bersama anak-anak pun memang seronok!

Kalau nak lebih menarik, boleh juga tambah topping coklat cair, susu pekat, cinnamon sugar atau filling kegemaran ikut selera masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber: faafeefoo

Baca juga: Donat Kapas Gebu Tanpa Susu Tepung, Ganti Dengan Bahan ‘Ini’ Jadi Lembut Luar Biasa!

Aimi

Recent Posts

Wanita Ini Kongsi Resipi Sandwich Telur Versinya, Bahan-Bahan Mudah Cari & Sangat Ringkas

Kalau sedang cari cara membuat sandwich telur yang mudah untuk bekal anak, resipi ini memang…

1 day ago

Setiap Negeri Ada Cerita, Ini Hidangan Ikonik Dan Resipi Ringkas Dari Seluruh Malaysia

Makanan ikonik Malaysia memang cukup pelbagai dan setiap negeri mempunyai hidangan tersendiri yang menjadi kebanggaan…

1 day ago

Resipi Puding Buah Koktail, Sejuk-Sejuk Masuk Mulut Memang Nikmat!

Puding buah koktail antara pencuci mulut yang mudah dibuat dan sedap dinikmati ketika sejuk. Teksturnya…

1 day ago

Resipi Ayam Masak Merah Santan, Tengok Kuahnya Yang Pekat Cantik Pun Dah Buat Terliur

Kalau mencari idea lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan, ayam masak merah santan ini boleh…

1 day ago

Tokey Kedai Makan Dedah Resipi Serbuk Perasa, Boleh Guna Untuk Pelbagai Jenis Masakan

Kalau selama ini tertanya-tanya apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan serbuk perasa yang sesuai untuk…

1 day ago

Cara Lembutkan Ayam Beku Dalam 10 Minit, Rupanya Guna 3 Bahan Ini Saja!

Cara lembutkan ayam beku ini boleh dicuba apabila ayam masih keras sedangkan masa untuk memasak…

1 day ago