buah pisang​

Jika kita bercakap tentang  buah pisang​, warna yang biasanya terlintas di fikiran adalah kuning. Namun, tahukah anda bahawa ada pisang yang berwarna biru, dikenali sebagai ‘Pisang Blue Java’?

Baca juga: 11 Jenis Pisang Yang Ada Di Malaysia, No. 7 Paling Sedap Untuk Digoreng!

FAKTA MENARIK MENGENAI BUAH PISANG​ BLUE JAVA

Apa yang menarik tentang pisang ini adalah rasanya yang dikatakan menyerupai aiskrim vanila! Dengan tekstur berkrim yang pasti mengingatkan kita kepada pencuci mulut yang popular itu.

Pisang Blue Java boleh ditemui di Hawaii, Asia Tenggara, dan sebahagian kawasan Amerika Tengah. Ia merupakan kacukan jarang antara Musa acuminata dan Musa balbisiana (pisang raja).

Walaupun biasanya tumbuh di iklim tropika, pisang Blue Java ini boleh bertahan pada suhu serendah -7 °C. Selagi ia mendapat cahaya matahari yang cukup, pisang ini boleh ditanam di pelbagai lokasi kerana sifatnya yang tahan sejuk.

Pisang biru ini juga boleh tumbuh sehingga ketinggian 6 meter. Buahnya berukuran antara 18 cm hingga 23 cm, berwarna biru ketika masih muda, dan akan bertukar kepada kuning pucat apabila masak.

Jika ada yang pernah mencuba, jangan lupa tinggalkan komen tentang rasa sebenarnya. Adakah ia benar-benar sama seperti aiskrim vanila?”

Sumber: The Reporter, iloveborneo

Sumber gambar: Fine Dining Lovers

Baca juga: Cara Simpan Daun Pisang Agar Tahan Lama Lebih Seminggu, Tak Cepat Layu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN