Categories: ArtikelHiburan

Biskut Viral Guna Tebuan Laris Di Jepun, Ramai Terkejut Bila Rasa Macam Kismis Hangus

Kalau sebut tentang makanan unik dari Jepun, memang ada sahaja hidangan pelik yang buat ramai tertanya-tanya sama ada sedap atau sebaliknya. Namun baru-baru ini, satu jenis biskut Jepun menjadi perhatian ramai di media sosial kerana menggunakan bahan yang sangat luar biasa iaitu tebuan sebenar dalam adunannya.

Biskut yang dikenali sebagai Jibachi Senbei ini dikatakan semakin popular dalam kalangan pelancong yang datang ke Jepun untuk mencari pengalaman mencuba makanan rare dan eksotik.

Baca juga: Cara Makan Tembikai Campur Gula Jadi Bualan ‘Terlalu Kelate’, Rupanya Ramai Dah Lama Buat Sejak Dulu!

BISKUT JEPUN INI GUNA TEBUAN KERING DALAM DOH

Apa yang membuatkan biskut Jepun ini berbeza daripada biskut biasa ialah penggunaan tebuan kering yang dicampurkan terus ke dalam doh sebelum dibakar.

Menurut pembuat tradisional di Jepun, tebuan yang digunakan ialah spesies Vespula flaviceps atau lebih dikenali sebagai Kurosuzume bachi. Serangga tersebut dikatakan selamat untuk dimakan dan telah lama digunakan dalam beberapa makanan tradisional masyarakat tempatan.

Tebuan yang ditangkap di kawasan hutan akan direbus terlebih dahulu sebelum dikeringkan. Selepas itu, ia dicampurkan ke dalam adunan biskut bagi menghasilkan tekstur yang lebih rangup dan unik.

Ramai Kata Rasanya Macam Kismis Hangus

Walaupun bunyinya agak ekstrem, ramai yang pernah mencuba biskut Jepun ini mengakui rasanya tidaklah seteruk yang dibayangkan.

Biskut tersebut mempunyai rasa manis seperti biskut tradisional biasa. Namun bahagian tebuan kering pula memberikan rasa yang unik sehingga ada yang menggambarkannya seperti rasa kismis hangus.

Selain itu, aroma daripada biskut Jepun ini juga dikatakan agak kuat dan menyerupai bau makanan ikan sebaik sahaja pek dibuka. Tetapi bagi pencinta makanan pelik, itulah yang membuatkan snek ini semakin menarik untuk dicuba.

Jadi Buruan Pelancong Di Jepun

Kini, biskut Jepun berasaskan tebuan ini boleh ditemui di beberapa pasar tempatan serta kedai gourmet di bandar Omachi, Jepun.

Ada pelancong yang sanggup mencarinya semata-mata mahu merasai sendiri pengalaman makan biskut viral tersebut. Malah, ramai menganggap ia sebagai antara makanan eksotik yang wajib dicuba ketika melancong ke negara itu.

Walaupun dianggap pelik oleh sesetengah orang, Jibachi Senbei masih mempunyai peminat tersendiri terutama dalam kalangan warga emas dan penggemar makanan tradisional Jepun.

Tebuan Dikatakan Tinggi Protein

Selain faktor keunikan, tebuan juga dikatakan mempunyai kandungan protein yang tinggi berbanding beberapa jenis serangga boleh dimakan lain.

Namun begitu, kebanyakan orang membeli biskut ini bukan kerana faktor kesihatan semata-mata, sebaliknya lebih kepada pengalaman mencuba makanan unik yang sukar ditemui di tempat lain.

Kalau anda diberi peluang, berani tak cuba biskut Jepun viral guna tebuan ini?

Semoga bermanfaat!

Sumber: Oddity Central

Baca juga: Muzium China Kejutkan Ramai Orang Dengan Kopi Serbuk Lipas, Siapa Berani Cuba?

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

4 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

4 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

5 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

5 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

6 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

9 hours ago