kopi serbuk lipas

Sebuah muzium di China mula viral selepas memperkenalkan menu baharu iaitu kopi serbuk lipas yang dijadikan sebagai tarikan utama pengunjung.

Minuman unik itu mencuri perhatian di media sosial kerana jarang ada kafe yang berani menggunakan serangga sebagai bahan dalam minuman.

Baca juga: Letak Paket Minyak Dalam Kuali Panas, Wanita Dedah Sisi Gelap Peniaga Yang Tak Ramai Tahu!

MUZIUM DI CHINA PERKENAL MINUMAN LUAR BIASA, KOPI SERBUK LIPAS

kopi serbuk lipas

Menurut laporan media oleh South China Morning Post, kopi serbuk lipas itu turut dicampur ulat kuning kering iaitu sejenis larva yang biasa digunakan dalam hidangan berasaskan serangga.

Beberapa pelanggan yang sudah mencuba berkata rasanya mempunyai aroma hangus dan sedikit masam, namun tetap menarik bagi mereka yang gemar mencuba sesuatu yang berbeza.

Kopi ini dijual pada harga 45 yuan (sekitar RM26.60) di sebuah kafe dalam muzium berkenaan. Pekerjanya memaklumkan bahawa menu itu sebenarnya sudah dilancarkan sejak akhir Jun, namun hanya mula tular baru-baru ini.

Katanya, sebagai muzium bertemakan serangga, minuman seperti ini dianggap sepadan dengan konsep dan pengalaman yang mereka ingin tawarkan.

Selain kopi serbuk lipas, muzium itu turut memperkenalkan dua lagi minuman unik iaitu satu menggunakan jus pencernaan periuk kera dan satu lagi minuman semut edisi terhad sempena Halloween.

Semua bahan diperoleh daripada pembekal herba perubatan tradisional Cina (TCM) yang turut mendakwa serbuk lipas mampu membantu melancarkan peredaran darah.

Menurut pekerja tersebut, minuman semut mempunyai rasa masam manakala minuman periuk kera dikatakan hampir menyerupai kopi biasa.

Menariknya, walaupun ada pengunjung khususnya ibu bapa bersama anak yang kurang selesa dengan idea kopi serbuk lipas, kafe itu tetap berjaya menjual lebih 10 cawan sehari.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Weibo, Facebook Pats Pest Control

Sumber: South China Morning Post

Baca juga: Betul Ke Anggur Shine Muscat Ada Racun Perosak Berbahaya? Ini Jawapan Dari KKM

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN