
Kalau dah bosan dengan cucur biasa, apa kata cuba pula resepi cucur rangup guna cendawan enoki ini. Sekali rasa memang susah nak berhenti makan sebab teksturnya rangup di luar, lembut di dalam dan ada rasa juicy daripada cendawan enoki yang buat kudapan ini lagi sedap.
Menariknya, resepi cucur rangup ini hanya guna bahan-bahan mudah yang memang selalu ada dekat dapur. Sebab itu ramai mula cuba selepas perkongsian oleh Noor Ali di Facebook jadi perhatian ramai pencinta makanan goreng dan kudapan petang.
Ada yang siap kata rasa dia macam tempura versi kampung sebab rangup dia memang padu, lebih-lebih lagi bila makan panas-panas bersama sos cili atau mayonis pedas.
Baca juga: Cucur Udang Sedap Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Guna Bahan Simple Confirm Jadi!
RESEPI CUCUR RANGUP CENDAWAN ENOKI

Bahan-bahan:
- 3 paket cendawan enoki — dibasuh dan ditoskan
Bahan bancuhan:
- 1½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung Bestari
- 1½ cawan air
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Daun kari — dimayang halus
- Daun bawang — dimayang halus
- Garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan bancuhan ke dalam mangkuk besar.
2. Kacau hingga adunan sebati dan tidak berketul.
3. Panaskan minyak menggunakan api sederhana besar.
4. Celup cendawan enoki ke dalam bancuhan tepung.
5. Goreng sehingga warna bertukar keemasan dan nampak rangup.
6. Angkat dan toskan sebelum dihidangkan panas-panas.
Rahsia Resepi Cucur Rangup Kekal Garing
Kalau nak hasil lebih crunchy dan garing lebih lama, boleh tambah sedikit tepung beras atau tepung jagung ke dalam bancuhan tepung.
Petua ini memang ramai guna sebab ia bantu jadikan tekstur cucur lebih ringan dan rangup walaupun selepas beberapa minit disejukkan. Sebab itu kebanyakan peminat resepi cucur rangup suka gunakan campuran tepung tambahan supaya hasil gorengan jadi lebih sedap.
Selain itu, pastikan minyak betul-betul panas sebelum mula menggoreng. Ini penting supaya bancuhan tidak menyerap terlalu banyak minyak dan cucur jadi lebih garing bila dimakan.
Kalau dekat rumah ada cendawan enoki, jangan buat sup sahaja. Sesekali cuba pula resepi cucur rangup ini untuk minum petang atau kudapan santai bersama keluarga.
Bahan simple, cara pun mudah, tapi hasil dia memang sedap dan layan habis!
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Ali
Baca juga: Cara Buat Cucur TANPA Tepung Gandum Tapi Kejadiannya Rangup Di Luar Gebu Di Dalam
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














