Categories: Informasi

Wanita Dakwa Adik Alami Kencing Tikus Selepas Makan Ayam Gepuk, Netizen Dah Mula Panik!

 

Siapa yang tak suka ayam gepuk? Sambalnya yang pedas berdesis dengan ayam goreng rangup memang boleh buat kita ketagih. Tapi, dalam kita seronok mencari restoran ayam gepuk makan ‘viral’, pernah tak kita terfikir tentang tahap kebersihan kedai tersebut?

Baru-baru ini, tular satu perkongsian cemas di media sosial mengenai seorang wanita berkongsi kisah mengenai adiknya yang jatuh sakit selepas menikmati hidangan ayam di kawasan Ampang. Apa yang disangka sekadar keracunan makanan biasa, rupanya bertukar menjadi mimpi ngeri!

Baca juga: “Tolonglah Jangan Guna Gambar AI” – Pelanggan Kecewa Makanan Sampai Jauh Beza Dari Dalam Menu

WANITA DAKWA ADIK TERKENA KENCING TIKUS SELEPAS MAKAN DI RESTORAN AYAM GEPUK

Menurut perkongsian oleh si kakak, adiknya mula mengalami muntah dan cirit-birit selama dua hari berturut-turut selepas makan di sebuah kedai ayam gepuk. Keadaan menjadi semakin parah apabila adiknya tiba-tiba pitam dan jatuh di dalam bilik air sehingga tidak mampu bangun.

 

View on Threads

 

Selepas beberapa kali berulang-alik ke klinik dan hospital, keputusan ujian darah akhirnya mengejutkan semua pihak. Si adik disahkan menghidap Leptospirosis atau lebih dikenali sebagai kencing tikus.

Keadaannya digambarkan sangat menyedihkan, terlantar di zon kuning hospital dan kelihatan sangat pucat seolah-olah “mayat hidup” akibat dehidrasi melampau dan kekurangan garam dalam badan.

Si adik dikatakan seorang yang sangat mementingkan kebersihan. Sebelum makan, dia akan mencuci sudu dan garfu terlebih dahulu. Namun, bakteria daripada kencing tikus ini boleh berada di mana-mana. Mungkin pada pinggan, ulam-ulaman yang tidak dibasuh bersih atau air minuman yang tercemar.

Netizen ‘Buka Cerita’ Tentang Kebersihan Kedai

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen mula berkongsi pengalaman ngeri dan pemerhatian mereka terhadap kedai-kedai makan yang menggaji pekerja asing tanpa pemantauan kebersihan yang ketat.

“Takut nak makan ayam gepuk sebarangan sebab ada kes cara mereka simpan tu Ya Allah tak sanggup la nak makan,” tulis seorang netizen.

“Ayam gepuk ke geprek ke kalau boleh memang tak pergi. Sebab bukan sekarang saja kes dia. 10 tahun lepas suami pernah buat maintainance kitchen appliances tapi kotor. Ayam letak dekat tandas dan tandaa memang guna untuk buang hajat sekali. Kalau nak guna tolak ayam ke tepi kejap. Lagi satu kalau pekerjanya orang luar. Memang tak jejak. Sebab itu la kot ramai,” tulis netizen lain juga.

Kesimpulannya, tak salah nak makan sedap, tapi kesihatan adalah keutamaan. Jangan disebabkan nafsu makan, kita terpaksa menanggung sakit yang boleh membawa maut.

Buat peminat ayam gepuk di luar sana, pastikan anda pilih kedai yang bersih dan diyakini. Semoga adik mangsa cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala!

Sumber: Thread

Baca juga: AEON Mid Valley Kini Ada Mesin Canggih Untuk Check Avocado Masak Atau Belum, Ramai Teruja Nak Cuba

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago