bihun goreng mamak

Bihun goreng mamak sering menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang cukup padu, warnanya yang gelap berkilat dan teksturnya yang kenyal. Namun, tidak semua orang berjaya menghasilkan hidangan yang sama apabila memasaknya sendiri di rumah.

Ada yang mengeluh bihun menjadi lembik, mudah putus atau warna yang terhasil tidak seperti bihun goreng mamak yang dijual di kedai. Sebenarnya, rahsia utama terletak pada campuran kicap yang digunakan serta teknik menggaul bihun ketika proses memasak.

Baca juga: Ayam Tandoori Homemade, Sedap Dia Sebijik Macam Kedai Mamak!

RESIPI BIHUN GORENG MAMAK

bihun goreng mamak

Bahan-bahan Campuran Kicap:

Untuk 1 hingga 2 hidangan:

  • 2 sudu besar kicap karamel atau kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 4 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu kecil minyak bijan (pilihan)
  • 1 sudu besar sos cili

Bahan-bahan Lain:

  • Bihun yang telah direndam secukupnya
  • 2 ulas bawang putih (dicincang atau ditumbuk)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar sambal bilis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Perencah secukup rasa
  • Sedikit air

Lauk dan Sayuran Pilihan:

  • Udang
  • Isi ayam
  • Fishball
  • Fishcake
  • Tauhu goreng
  • Batang sawi
  • Daun sawi
  • Lobak merah
  • Taugeh
  • Cili padi hijau dan merah

### Cara-cara Penyediaan

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan lauk pilihan seperti ayam, udang, fishball, fishcake atau tauhu goreng. Masak sehingga hampir masak.

3. Tambahkan satu sudu besar sambal bilis dan gaul sebati.

4. Tuangkan campuran kicap yang telah disediakan bersama sedikit air.

5. Perasakan dengan garam, gula dan perencah mengikut citarasa.

6. Masukkan batang sawi dan cili padi jika menggunakan bahan tersebut.

7. Masukkan bihun yang telah direndam dan gaul perlahan menggunakan api yang paling kecil.

8. Teruskan menggaul sehingga bihun menyerap semua sos dan warna menjadi sekata.

9. Selepas kira-kira lapan minit, masukkan daun sawi dan lobak merah.

10. Besarkan api seketika dan gaul rata.

11. Akhir sekali, masukkan taugeh dan kacau selama beberapa saat sahaja sebelum menutup api.

12. Hidangkan bersama telur mata, daun bawang, bawang goreng dan hirisan limau nipis jika suka.

Tips Bihun Goreng Mamak Tak Lembik dan Tak Putus

  • Jangan gunakan terlalu banyak kicap karamel kerana ia boleh menyebabkan rasa pahit.
  • Gunakan api perlahan ketika bihun mula dimasukkan supaya sos meresap dengan baik.
  • Elakkan menekan atau mengeratkan urat bihun menggunakan sudip semasa menggaul.
  • Masukkan taugeh pada saat akhir supaya kekal rangup.
  • Daun sawi dan lobak merah juga sebaiknya dimasukkan ketika bihun hampir masak bagi mengekalkan teksturnya.
  • Tambahkan lauk dan sayur mengikut citarasa untuk menjadikan hidangan lebih mengenyangkan.

Dengan campuran kicap yang betul dan teknik memasak yang sesuai, bihun goreng mamak yang berwarna hitam berkilat, tidak lembik dan penuh rasa kini boleh dihasilkan sendiri di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Cara Buat Nasi Beriani Simple Di Rumah, Ada Ayam Goreng Mamak Lagi Terangkat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN