Categories: Informasi

Beza Ikan Kembung, Mabong & Pelaling, Setiap Jenis Ada Cara Masak Sedap Tersendiri

Kalau anda sering ke pasar, pasti pernah dengar nama ikan kembung, mabong dan pelaling. Tapi ramai yang keliru tentang beza ikan kembung dengan dua jenis ikan lain ini.

Sebenarnya, ketiga-tiga ikan ini berasal dari keluarga Indian mackerel, cuma saiz dan ketebalan isi yang membezakannya.

Berdasarkan perkongsian Geng Ikan Segar Pasir Gudang, mari kita kupas satu demi satu supaya anda boleh pilih ikan segar ikut citarasa dan keperluan masakan.

Baca juga: Ramai Silap Pilih! Ini Top 5 Jenis Ikan Pari Paling Sedap, Lembut & Tak Hancing Bila Masak

BEZA IKAN KEMBUNG, MABONG DAN PELALING

Kalau nak mudah ingat, nelayan panggil mereka seperti anak sulung, anak tengah dan anak bongsu dalam keluarga ikan mackerel.

  • Mabong – Anak sulung, saiz paling besar, isi tebal dan padat. Sesuai untuk kari ikan atau bakar.
  • Kembung – Anak tengah, saiz sederhana, isi sederhana. Sesuai digoreng, stim atau masak sambal.
  • Pelaling – Anak bongsu, saiz paling kecil (selebar 2 jari), isi nipis. Sesuai goreng rangup atau kerabu.

IKAN MABONG, BESAR DAN ISI TEBAL

Kredit gambar: Hai Seng Huat Fishery

Mabong sesuai untuk mereka yang mahukan hidangan ikan berisi padat. Ikan ini tidak mudah hancur bila dimasak, jadi pilihan terbaik untuk masakan yang perlukan isi tebal.

IKAN KEMBUNG, ANAK TENGAH YANG SERBAGUNA

Kredit gambar: Hai Seng Huat Fishery

Kembung mudah didapati di pasar dan menjadi pilihan ramai. Ia adalah fokus utama apabila membincangkan beza ikan kembung. Isi ikan ini sederhana, lembut dan boleh dimasak pelbagai cara.

IKAN PELALING, KECIL TAPI SEDAP

Kredit gambar: Facebook Wak Isa Ikan Segar Kota Tinggi

Walaupun kecil, pelaling tetap sedap dimakan. Sesuai untuk lauk ringan atau hidangan tambahan. Bila digoreng rangup, rasanya memang tak mengecewakan!

Tips Pilih Ikan Segar

  • Mata ikan jernih, perut tegang, bau segar.
  • Saiz ikan ikut keperluan masakan. Besar untuk keluarga, kecil untuk lauk ringan.
  • Periksa warna – warna badan biru-hijau dan perut perak yang bersih menandakan ikan segar.

Sekarang anda dah tahu beza ikan kembung dengan mabong dan pelaling. Saiz dan ketebalan isi adalah kunci perbezaannya. Pilih ikan yang sesuai dengan cara masakan anda supaya hidangan lebih sedap dan menyelerakan!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Geng Ikan Segar Pasir Gudang

Baca juga: Ramai Tak Tahu, Ini ‘Rahsia’ Orang Lama Pilih Ikan Merah Supaya Isinya Lembut & Manis

Aimi

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

39 minutes ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

58 minutes ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

1 hour ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

1 hour ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

3 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

4 hours ago