Categories: Infomasi

Perbezaan Gula Perang Dan Gula Putih, Mana Satu Lebih Baik?

Apa beza gula perang dan gula putih? Ada orang kata gula perang jauh lebih bagus berbanding gula putih dari segi kesihatan. Betul ke?

Bagi menjawab persoalan tersebut, mari kita baca perkongsian daripada doktor ini yang berasaskan dari fakta. Jom baca perkongsiannya.

Gula Perang Dan Gula Putih, Apa Bezanya?

Gula adalah bahan yang biasa digunakan oleh masyarakat kita hari ini. Tanpa gula kita akan rasa segala makanan dan minuman tidak sedap dan menyelerakan.

Tetapi kajian menunjukkan bahawa pengambilan gula berlebihan adalah merbahaya kepada kesihatan.

Oleh kerana itu, kita sering mendengar pendapat yang menyatakan bahawa gula perang adalah lebih baik daripada gula putih. Adakah pendapat ini benar dan berlandaskan bukti kajian sains yang betul.

Perbezaan Dari Segi Nutrisi

Sebenarnya kedua-dua gula ini dibuat daripada tebu atau daripada lobak bit. Kebanyakan gula perang terhasil dari campuran gula putih dengan molasses iaitu sejenia gula perang cecair.

Molasses ini menyebabkan warna gula menjadi perang dan menambahkan sedikit kandungan nutrisinya. Penambahan ini akan menambahkan kandungan kalsium, zat besi dan potassium di dalamnya. Data menunjukkan, jumlah penambahan nutrisi ini adalah sangat sedikit dan tidaklah menjadikan ianya sumber terbaik kepada nutrisi tersebut.

Gula perang juga mempunyai nilai kalori yang kurang sedikit iaitu 15kcal berbanding gula putih 16.3kcal, tetapi perbezaan tersebut sangat minimal dan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada gula perang. Perbezaan utama adalah dari segi warna dan rasa sahaja.

Perbezaan Dari Segi Penghasilan

Gula dihasilkan sam ada daripada tebu atau lobak bit, walaubagaimanapun terdapat perbezaan di antara penghasilan gula perang dan gula putih. Langkah pertama adalah jus daripada tebu atau lobak bit diekstrak, dipekatkan dan dipanaskan untuk membentuk pekatan perang yang dipanggil ‘molasses’.

Kemudiannya molasses perang bergula ini diputar dengan mesin ‘centrifuge’ untuk mengasingkan kristal gula dengan molasses. Kristal gula putih diproses seterusnya untuk mengasingkan lebihan molasses dan menjadikan kristal gula lebih kecil. Seterusnya, kristal gula ditapis melalui sistem penapisan untuk menjadikannya gula putih yang biasa kita lihat.

Gula perang halus (refine) adalah gula putih halus yang dicampurkan semula dengan molasses. Manakala, gula perang yang kasar (unrefined) melalui proses yang kurang berbanding proses menghasilkan kristal gula putih yang menjadikan ia mempunyai kandungan molasses yang lebih tinggi serta warna perang yang asli.

Penggunaan Dalam Masakan

Gula putih dan gula perang digunakan dengan cara berbeza dalam seni masakan serta pembuatan kek. Ia juga digunakan secara bersama untuk mengolah warna, tekstur dan rasa masakan dan makanan.

Molasses dalam gula perang lebih kuat mengekalkan lembapan (moisture), oleh penggunaannya dalam pembuatan kek akan menjadikan kek tersebut lembut tetapi lebih pejal.

Biskut yang dibuat menggunakan gula perang akan menjadi lebih ‘moist’ (lembab) dan biskut yang menggunakan gula putih akan menjadikan ianya lebih kembang dan rapuh serta lebih kering.

Oleh kerana perbezaan sifat ini maka kedua-dua gula ini digunakan untuk tujuan berbeza dalam pembuatan kek dan biskut untuk tekstur, rasa dan kerapuhannya. Gula perang juga digunakan sebagai sapuan untuk mengilatkan makanan dan juga sebagai sos gula seperti dalam sos barbeque dan sebagainya.

Perbezaan Gula Perang Dan Gula Putih

Perbezaan utama diantara dua gula ini adalah kerana ‘rasa’ dan ‘warna’ serta kesan tekstur kepada makanan yang disediakan. Ia bukanlah kerana perbezaan kepada kesannya kepada kesihatan atau kesannya kepada indeks glisemik (GI). Oleh itu pendapat yang menyatakan gula perang lebih sihat daripada gula putih adalah tidak tepat kerana kedua-duanya mempunyai indeks glisemik (GI) yang sama serta nilai nutrisi yang hampir sama iaitu kedua-duanya mempunyai kandungan glukosa dan fruktosa didalamnya.

Menukar gula putih kepada gula perang hanya akan mengubah warna dan rasanya sahaja dan tidak menjadikan makanan atau minuman tersebut lebih sihat.

Menggunakan gula perang dalam pembuatan kek coklat atau kek buah adalah lebih sesuai daripada segi rasanya dan warnanya berbanding dengan gula putih. Manakala gula putih lebih sesuai untuk kek atau biskut yang berwarna cerah dan juga produk makanan yang memerlukan rasa yang lebih manis seperti kek span dan pastri manis.

Yang Mana Satu Lebih Baik?

Samada anda menggunakan gula putih atau gula perang, kesannya kepada kesihatan adalah serupa. Oleh itu pemilihan hanyalah berdasarkan rasa, warna dan tekstur makanan yang ingin dibuat.

Walaupun gula perang mempunyai kandungan mineral yang lebih berbanding gula putih, tetapi jumlah kandungan mineral didalamnya terlalu kecil sehinggakan ia tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada kesihatan.

Gula adalah faktor risiko utama yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang berlaku sekarang seperti obesiti, diabetes, penyakit jantung, kanser dan sebagainya.

Oleh kerana itu pengambilan gula perlu dikawal dan di kurangkan seminimum yang boleh iaitu kurang daripada 5 sudu teh sehari iaitu dalam anggaran kurang daripada 5% gula tambahan daripada jumlah kalori keseluruhan pemakanan seharian kita.

Pengambilan sekali sekala makanan manis bergula masih boleh diterima, tetapi penggunaan secara berterusan setiap hari akan menjadikan seseorang ketagih kepada rasa manis gula dan untuk jangkamasa panjang memudaratkan kesihatan.

Menggunakan alternatif gula perang menggantikan gula putih bukanlah satu alternatif yang sihat kerana kedua-duanya sebenarnya sama tentang kesan negatifnya kepada kesihatan. Penggunaan pemanis gantian seperti stevia atau lakanto adalah lebih baik dan lebih sihat.

Kesimpulan

Kedua-dua jenis gula ini sangat mudah diperolehi di pasaran. Walaupun terdapat perbezaan sedikit diantara keduanya dari aspek warna dan rasanya, tetapi kesannya kepada kesihatan adalah sama kerana kandungan nutrisi yang sama.

Pengambilan gula sama da gula perang atau gula putih masih perlu kita hadkan dalam pengambilan makanan setiap hari untuk mengurangkan risiko jangka masa panjang kepada kesihatan umumnya.

Kredit: Dr Norman Norawi

Nasiha

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

2 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

2 days ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

2 days ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

2 days ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

2 days ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

2 days ago