Kadang-kadang mesti ada roti yang berlebihan di rumah dan hampir expired kan? Dari roti itu dibuang, apa kata anda cuba buat bengkang roti.
Cara penyediaan yang senang dan bahan-bahan juga tidak susah untuk dicari, membuatkan kuih ini sesuai sebagai pencuci mulut yang ideal.
Bagi pula kuih ini kepada mak mentua, terus disayangi lebih!
Jom cuba resipi yang tersangat mudah dan simple ini oleh Puan Minah Ramli menerusi laman sosial Facebook beliau.
Baca juga: Nak Mee Kari Lebih Sedap, Tambahkan Bahan ‘Rahsia’ Ini!
RESIPI BENGKANG ROTI
Bahan-bahan:
- 8 keping Roti Gardenia
- 1 cawan Santan
- 1 cawan Susu cair
- 1 cawan Gula
- 1 cawan Air masak
- 1 biji Telur
- 1 cawan Tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanila
- Secubit garam
- Mentega secukupnya untuk disapu sekeliling loyang
Cara-cara membuatnya:
1. Rendam roti yang telah dicarik-carik ke dalam air masak sebanyak 1 cawan ke dalam mangkuk besar.
2. Tekan-tekan roti sehingga meresap air dan rendam selama kira-kira 10 minit sehingga kembang.
3. Blender semua bahan yang bertanda * selama 2 minit dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi roti tadi. Gaul rata semua bahan.
4. Tuangkan campuran bahan-bahan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega atau dialas dengan kertas minyak.
5. Bakar dalam oven dengan api atas dan bawah pada suhu 180°C (ikut kesesuaian oven masing-masing) selama 40 hingga 50 minit.
Senang kan buat bengkang roti ini? Apa lagi, jom cuba!
Sumber: Minah Ramli
Baca juga: Kuih Kelapa Gula Merah, Meriah Dengan Inti Parutan Kelapa Segar!