Categories: Informasi

Bekas Chef Jual Bunga Kantan Raih Untung, Tukar Tanah Sampah Jadi Ladang

Seorang bekas chef ini berjaya menepis pandangan bahawa bunga kantan tidak memiliki potensi untuk komersialisasi apabila dia berjaya menghasilkan keuntungan daripada ladang kantan di Bangi sejak sembilan tahun lalu.

Malah, kejayaan dalam menguruskan ladang seluas 1.2 hektar itu turut mendorong Saqdam Zaim Arffain, 33 tahun, untuk berkongsi pengetahuannya dengan orang ramai supaya lebih ramai usahawan dapat mengusahakan tanaman tersebut.

BEKAS CHEF RAIH UNTUNG JUAL BUNGA KANTAN

Sumber: Sinar Harian

Menurut Saqdam, pengusaha dapat memperoleh pendapatan yang baik terutamanya semasa musim perayaan kerana harga bunga kantan boleh mencapai sehingga RM5 sebatang.

Baca juga: Perak Cipta Sejarah, Berjaya Hasilkan Bawang Tempatan Sebanyak 2.3 Tan

Beliau menyatakan bahawa walaupun di luar musim perayaan, harga bunga kantan masih kompetitif iaitu sekitar RM1.50 hingga RM2 sebatang.

“Saya berani untuk mengusahakan tanaman bunga kantan walaupun ada yang mengatakan bahawa permintaan terhadapnya rendah dan tiada potensi, tetapi setelah saya membuat kajian sendiri terhadap tanaman ini, saya nekad untuk melakukannya.

“Saya bermula hanya dengan lapan rumpun pokok kantan, dan kemudian seluruh kawasan ladang dipenuhi dengan tanaman ini,” katanya.

Ladang bunga kantannya sebelum ini mempunyai kira-kira 800 rumpun yang menghasilkan jualan bunga kantan dan benih bernilai sekitar RM5,000 hingga RM10,000 sebulan.

Berikutan pencapaiannya ini, Saqdam yang mempunyai Diploma Pengajian Hotel dan Katering daripada Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, memulakan kursus penanaman kantan pada tahun lalu.

Beliau menyatakan bahawa dia berasa terpanggil untuk berkongsi ilmu melalui kursus sebegini setelah ramai datang untuk belajar daripada pengalaman beliau dalam membangunkan ladang kantan.

PERNAH MENGALAMI FASA KEJATUHAN

Walau bagaimanapun, setiap usahawan mengalami fasa jatuh dalam perniagaan yang dijalankan, dan hal yang sama berlaku kepada Saqdam.

“Tahun ini adalah tahun yang mencabar bagi saya apabila tanaman kantan diserang penyakit. Hampir semua tanaman kantan di ladang saya terjejas.

“Tanda-tanda penyakit itu termasuk hujung pucuk pelepah bertukar warna menjadi kekuningan, layu, dan mati. Selain itu, terdapat kesan lebam pada bahagian dalam pelepah dan umbut teras pelepah juga mula membusuk. Ini menunjukkan bahawa pokok sudah dijangkiti secara meluas dan boleh menyebabkan kematian,” jelasnya.

Beliau menyatakan bahawa ini adalah pengalaman baru baginya sejak mula menjadi usahawan bunga kantan pada tahun 2015.

“Ini menunjukkan bahawa masih banyak perkara yang perlu saya kaji untuk modul kajian saya.

“Keadaan seperti ini menambahkan lagi pengetahuan saya dalam bidang tanaman ini,” katanya.

 

Baca juga: “You Know Khairul Aming?” – Tukang Masak London Kenal KA, Ramai Bangga

Sumber: Sinar Harian, APHD

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Baby Churros Untuk Jamuan Sekolah, Saiz Kecil Memang Senang Anak-Anak Nak Makan!

Resepi churros ini boleh dijadikan pilihan kalau sedang mencari idea snek ringan untuk anak-anak, lebih-lebih…

2 minutes ago

Sos Lemon Madu Meresap Sampai Ke Isi, Ayam Panggang Ini Memang Padu Untuk Makan Malam!

Ayam lemon madu boleh menjadi pilihan menarik untuk menu makan malam, terutama bagi yang inginkan…

26 minutes ago

Resipi Kerabu Kaki Ayam Yang Cukup Rasa Pedas, Masam & Manis, Ratah Saja Pun Dah Nikmat!

Resepi kerabu kaki ayam ini memang boleh buat lupa lauk lain! Kaki ayam yang kenyal…

35 minutes ago

Lelaki Kongsi Petua Untuk Badan Lenguh Dan Otot Selalu Tegang, Rebus Dua Bahan Dapur Saja

Badan selalu terasa lenguh dan otot pula mudah tegang selepas melakukan aktiviti harian? Ada satu…

45 minutes ago

Resipi Ayam Kukus Halia, Cara Masaknya Mudah Tapi Rasa Memang Luar Biasa!

Kalau bosan asyik masak ayam goreng atau ayam masak kicap, apa kata cuba resipi ayam…

3 hours ago

Resepi Masak Lada Melaka, Kuah Pekat Berempah Letak Kerisik Memang Sedap Menjilat Jari!

Kalau sebut tentang masakan tradisional Melaka, masak lada antara lauk yang cukup terkenal dan digemari…

4 hours ago