perak hasilkan bawang tempatan

Dalam sejarah, Perak hasilkan bawang tempatan pertama di Malaysia dan berjaya menuai hasil sebanyak 2.3 tan.  Ini sekali gus, Perak telah menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menanam bawang tempatan jenis BW1 di Kampung Ladang Bikam.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup menjelaskan bahawa projek kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri telah dilaksanakan secara tiga fasa di kawasan seluas satu hektar sebelum ini, dengan matlamat menghasilkan kira-kira empat tan metrik setiap hektar.

Baca juga: Rahsia Makan Bawang Mentah Yang Ramai Tak Tahu, Boleh Remajakan Kulit Wajah Tau!

“Untuk penuaian pertama, ia melibatkan fasa satu di kawasan seluas 0.6 hektar dengan hasil pengeluaran kira-kira 2.3 tan. Seterusnya, penuaian akan diteruskan dalam fasa dua dan tiga.

PERAK HASILKAN BAWANG TEMPATAN, BAKAL JADI PEMANGKIN PENGELUARAN

perak hasilkan bawang tempatan

Sumber gambar: Berita Harian

“Saya yakin projek rintis ini akan menjadi pemangkin kepada pengeluaran bawang dalam negara, sekaligus memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Ini akan mengurangkan kebergantungan terhadap bawang import,” katanya semasa Majlis Tuaian Hasil Projek Rintis Tanaman Bawang Secara Besar-Besaran di sini, semalam.

Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Christopher John Biai, dan Pengarah Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman turut hadir dalam majlis tersebut.

Beliau menambah, semua hasil pengeluaran akan dipasarkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke mana-mana lokasi yang mempunyai permintaan tinggi.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa Perak adalah antara enam negeri yang akan menjadi hab pengeluaran tanaman bawang tempatan jenis BW1 di Malaysia untuk kegunaan domestik.

Beliau yakin matlamat ini dapat dicapai dengan sokongan kerajaan negeri untuk memperluaskan usaha ini di seluruh Perak.

“Pihak kementerian telah mengenal pasti enam negeri iaitu Perak, Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Pahang, dan Kelantan. Semua ini adalah perancangan dan sasaran kita untuk mencapai kadar sara diri (SSL) bawang tempatan sebanyak 30 peratus menjelang 2030.” katanya. 

Baca juga: Teknik Tanam Bawang Merah Sendiri Dengan Mudah, Jom Kita Belajar!

Sumber: Berita Harian

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN