manfaat barli

Barli boleh menggantikan nasi. Betul ke? Rakyat Malaysia, terutamanya bangsa Melayu pastinya akan menjadikan nasi sebagai makanan ruji mereka. Kadang-kadang ada yang makan nasi sebagai menu pertama dalam hariannya sebagai sarapan pagi.

manfaat barli

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Dr Zubaidi Haji Ahmad, beliau telah mencadangkan kepada pesakit metabolik sebagai contoh pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi supaya menukarkan nasi dari beras putih ke beras perang atau beras rebus. Hal ini kerana, nilai GI beras putih terlalu tinggi berbanding dengan beras yang dinyatakan tadi.

Jadi anda boleh menggantikan nasi beras putih tersebut kepada beras rebus iaitu barli. Untuk dijadikan contoh, anda boleh campurkan barli yang direbus dengan kurma, kismis, buah tin dan madu sebagai menu sarapan pagi.


Manfaat Barli Yang Perlu Kita Ketahui:

manfaat barli

Merawat kencing kotor:

  • Air barli bersifat alkali dan anti-keradangan yang dapat membantu masalah penyakit ginjal kerana ia dapat menurunkan tahap asid urik dan kreatinine.
  • Minum 2-3 gelas air barli sehari sehingga masalah tersebut berkurangan dan kemudiannya sembuh.

Membantu menurunkan berat badan:

  • Barli dapat membuatkan kita kenyang kerana ia kaya dengan serat. Ia juga baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma.

Merendahkan tahap kolestrol:

  • Serat beta-glucan dalam beras barli dapat mengurangkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.

Menjadikan jantung lebih sihat:

  • Apabila kita menggantikan beras putih kepada barli ia dapat merendahkan tahap kolestrol dalam darah, mencegah keradangan dan meminimakan proses pengoksidaan yang menyebabkan pemendakan kolestrol dalam saluran darah.

Membantu sistem penghadaman:

  • Barli bagus untuk pesakit gastrik kerana ia mempunyai banyak serat yang menjadi sumber prebiotik.

Mengawal tahap gula pada diabetes:

  • Dua faktor yang terdapat dalam barli adalah kandungan fiber yang tinggi dan kandungan serat beta-glucan yang melambatkan penyerapan gula dari makanan.

Kulit yang lebih sihat dan cerah:

  • Air barli dapat menggalakkan perkumuhan dan mengeluarkan toksin dari badan. Ini menjadikan kulit yang lebih sihat dan cerah.

Menyejukkan tubuh:

  • Campurkan sedikit perahan limau dalam air barli dan gantikan minuman air berkabonat anda dengan air barli ini.

Membekalkan nutrisi penting kepada ibu hamil:

  • Ia membantu mempercepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan masalah diabetes semasa hamil.

Menguatkan sistem imuniti badan:

  • Barli juga mengandungi pelbagai nutrisi seperti vitamin B,  zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium. Barli juga mengandungi zat besi yang bagus untuk mencegah daripada anemia dan keletihan

manfaat barli

Banyak bukan manfaat barli ni. Jadi lepas ni kita boleh gantikan beras putih dengan barli sebagai makanan harian kita. Semoga bermanfaat.

Kredit: Siti Haziana

Baca juga:

Peniaga Ini Ajar Step By Step Cara Potong Ayam, Barulah Jadi Menantu Pilihan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN