Rupa-rupanya ada cara nak buat bancuhan tepung corndog yang sedap dan gebu. Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Syidah Abd Aziz ini.
Macam yang semua tahu, Corndog antara makanan street food yang popular dan digemari ramai. Jika lihat di media sosial, memang ramai yang menyukainya sambil keju mozarella panjang ditarik jika digigit panas-panas.
Baca juga: Bebola Kentang Keju Mozarella, Hanya Guna 7 Bahan Ini Je, Anak-anak Tentu Suka!
Ia juga sesuai dibuat untuk makan santai bersama anak-anak di waktu petang. Memang mudah dan ringkas cara penyediaannya. Nak letak cheese lebih pun tak ada masalah sebab buat sendiri.
Masa nak hidangkan itu, boleh hiaskan dengan sos cili, mayonis serta mustard. Memang tak cukup satu cucuk untuk seorang. Jom lihat cara-cara penyediaan bancuhan tepungnya.
RESIPI BANCUHAN TEPUNG CORNDOG
Bahan bancuhan:
- 1kg tepung
- 1/2 pack yis
- Air 2 1/2 cawan
- Gula 2 sudu
- Garam secubit
Bahan lain:
- Sosej
- Keju blok mozarella
- Lidi
Cara-cara penyediaan:
1. Dalm satu bekas yang besar, masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaul sebati.
2. Bila dah gaul rata, biarkan adunan itu pekat seperti adunan cekodok. Jangan buatnya terlalu cair sebab nanti tak kembang.
3. Tutupkan adunan dengan plastik wrap dan biarkan ia selama sejam.
4. Dalam pada menunggu tu, cucukkan sosej dengan lidi.
5. Selepas sejam, buka plastik dan gaul-gaulkan sekali lagi adunan.
6. Celup sosej yang dicucuk lidi tadi sehingga terendam kesemuanya. Salutkan lagi dengan serbuk roti sekeliling adunan sosej.
7. Selepas dah gaulkan dengan serbuk roti, goreng dalam minyak panas.
8 Dah sedia dihidangkan.
Selamat mencuba resipi bancuhan tepung corndog ini.
Baca juga: Sosej Ayam Homemade, Tambah Sayur Ini, Lebih Sihat Anak-anak Makan!