ayam percik resepi

Ayam percik adalah hidangan dari Pantai Timur yang digemari ramai. Ayam percik resepi ini diperap dalam kuah santan yang dibuat dengan bahan seperti kunyit, halia, bawang, serai, dan lada.

Biasanya, ayam ini dibakar di atas dapur arang. Hidangan ini sangat sedap apabila dimakan dengan nasi ulam, budu, dan sambal belacan.

Sebenarnya terdapat banyak variasi resipi ayam percik, seperti ayam percik Kelantan, Melaka, pedas dan putih, bergantung pada tempat.

Tapi hari ini, MyResipi akan kongsikan resipi ayam percik menggunakan air fryer yang mudah, tapi rasanya tetap seperti dibakar. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Ayam Madu Sedap Menjilat Jari, Rasa Sebiji Ala Kedai Mamak

AYAM PERCIK RESEPI MUDAH DAN SEDAP

ayam percik resepi

Bahan-bahan:

  • Ayam bahagian peha 2 ketul (rebus selama 10 minit)

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Halia secukupnya
  • 2 batang serai
  • 3 sudu besar pes cili
  • ½ cawan santan
  • 2 sudu besar sos cili

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan-bahan kisar semua halus.
  2. Masak bahan yang dikisar tadi di atas dapur selama 15 minit.
  3. Masukkan 1 sudu besar gula dan sedikit perasa secukup rasa. Tidak perlu menggunakan garam.
  4. Bakar dalam air fryer pada suhu 170°C dan masak selama 25 minit, sambil dibalik-balikkan ayam.
  5. Selamat mencuba!

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Siti Marzura Bakri

Baca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Yang Pekat Elok, Rupanya Ada Rahsia Kena Ikut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN