Kalau sebut ayam perap, memang ramai yang suka kerana mudah disediakan dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Namun, ada satu petua yang dikongsikan oleh Cik Nurul Hidayah Husni yang membuatkan ayam perap ini berbeza daripada kebanyakan resipi lain.
Menurut beliau, rahsia utama terletak pada serat serai, halia dan lengkuas yang biasanya dianggap tidak penting. Bahagian inilah yang membantu menjadikan ayam perap lebih harum, berempah dan menyelerakan selepas digoreng.
Baca juga: Cara Buat Perapan Daging Harimau Menangis Yang Sedap, Kena Perap 4 Jam Baru Rasa Padu
Bahan-Bahan Kisar:
Bahan-Bahan Lain:
Cara-Cara Penyediaan:
1. Potong halia, serai dan lengkuas sepanjang kira-kira 1 inci sebelum dikisar. Pastikan bahan-bahan ini tidak dikisar terlalu halus supaya masih mempunyai sedikit serat.
2. Kisar bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, serai dan lengkuas bersama sedikit air sehingga lumat.
3. Sangai biji ketumbar tanpa minyak sehingga naik bau. Kemudian tumbuk atau kisar secara kasar.
4. Masukkan ayam ke dalam bekas besar. Tambahkan bahan kisar, biji ketumbar, rempah kari, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, garam, sos tiram, daun kari dan serbuk perasa.
5. Gaul sehingga semua bahan sebati dan menyaluti keseluruhan ayam.
6. Masukkan tepung beras dan gaul sekali lagi sehingga rata.
7. Perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam atau lebih baik semalaman di dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih meresap.
8. Panaskan minyak dan goreng ayam menggunakan api sederhana sehingga masak serta berwarna keemasan.
Tips Ayam Perap Lebih Sedap:
Hasilnya, ayam perap ini bukan sahaja harum ketika digoreng, malah mempunyai rasa rempah yang seimbang, rangup di luar dan lembut di dalam. Tidak hairanlah ramai yang tertarik dengan petua mudah yang dikongsikan ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Nurul Hidayah Husni
Baca juga: Ikan Goreng Kunyit Rangup & Sedap, Resipi Mudah Perap 30 Minit Confirm Jadi Kegemaran Ramai
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…
Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…
Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…
Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…
Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…
Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…