Kalau di rumah ada anak-anak yang penggemar lauk ayam, resipi ayam palembang ini memang wajib dicuba. Perkongsian daripada Jue Aisha di Facebook ini menarik perhatian ramai kerana kuahnya yang pekat, berempah dan cukup menyelerakan apabila dimakan bersama nasi panas.
Menurut beliau, anak-anaknya boleh makan lauk ayam setiap hari tanpa jemu. Walaupun beliau sendiri sudah mula bosan dengan menu ayam, resipi ayam palembang ini tetap menjadi antara hidangan kegemaran keluarga kerana rasanya yang seimbang antara pedas, manis dan lemak santan.
Baca juga: Daging Palembang Pekat Berempah, Resipi Paling Confirm Jadi & Sekali Masak Terus Licin!
Bahan-Bahan:
Untuk 1 ekor ayam
Bahan Kisar:
Bahan Lain:
Cara-Cara Penyediaan:
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Goreng ayam sehingga separuh masak, kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak di dalam kuali.
4. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
6. Tuangkan kicap manis dan kacau rata.
7. Masukkan daun kari.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Masukkan asam keping.
10. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati dengan kuah.
11. Masak sehingga ayam empuk dan kuah meresap ke dalam isi ayam.
12. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan.
13. Biarkan sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat.
14. Jika kuah terlalu kering, tambahkan sedikit air mengikut keperluan.
15. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Tips Ayam Palembang Lebih Sedap:
Resipi ayam palembang ini sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau makan malam kerana menggunakan bahan yang mudah didapati dan cara penyediaannya juga tidak terlalu rumit. Dengan kuah pekat yang kaya rasa serta isi ayam yang lembut, tidak hairanlah jika hidangan ini menjadi kegemaran ramai seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Jue Aisha
Baca juga: Rahsia Ayam Perap Guna ‘Sampah Serai’, Patutlah Wangi Semerbak, Rangup Dan Berjus
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…
Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…
Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…
Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…
Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…
Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…