Categories: Resipi

Resipi Terung Pedas Manis Ala Korea, Rasa ‘Kick’ Ulang Masak 1000 Kali Pun Tak Jemu!

Resipi terung antara menu simple yang selalu jadi pilihan bila nak masak lauk cepat tapi sedap. Kalau kena cara masak yang betul, terung boleh jadi hidangan yang sangat “kick” dan tak membosankan langsung.

Kalau sebelum ini kita dah selalu masak terung sambal atau goreng biasa, kali ini jom cuba versi Korean style pedas manis ini. Rasanya ada gabungan pedas, manis, masin dan aroma minyak bijan yang buat hidangan ini lagi menyelerakan.

Resipi ini juga memang sangat sesuai dimakan dengan nasi panas-panas. Sekali cuba, memang susah nak berhenti makan bertambah berpinggan-pinggan!

Baca juga: Terung Celup Tepung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Sahaja

RESIPI TERUNG PEDAS MANIS KOREAN STYLE

Bahan-bahan:

  • 1 batang terung (hiris bulat nipis)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • Daun bawang (hiris)
  • 1 sudu kecil biji bijan (disangai)
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • Minyak (untuk siram panas)
  • 1 sudu besar kicap masin
  • ½ sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak bijan

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh terung bersih dan hiris nipis bulat. Untuk lagi sedap, gaul dengan sedikit garam dan perap selama 10 minit. Kemudian bilas dan keringkan.
  2. Satukan bawang putih, daun bawang, biji bijan yang telah disangai dan serbuk cili dalam satu mangkuk.
  3. Sediakan sos dengan mencampurkan kicap masin, sos tiram, gula, garam dan minyak bijan. Gaul hingga sebati.
  4. Panaskan kuali tanpa minyak, masak terung sehingga lembut dan sedikit keperangan. Boleh juga bakar jika suka rasa lebih smoky.
  5. Masukkan terung yang telah dimasak ke dalam campuran sos tadi. Gaul rata supaya semua terung disalut dengan sos yang sedap.
  6. Siap untuk dihidang! Lagi sedap kalau dimakan dengan nasi putih panas.

Sumber: Thread @nuurbellee

Baca juga: Resipi Pajeri Terung Yang Pekat Memikat, Rupanya Ada 1 Bahan Buat Rasa Lagi Sedap!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago