ayam masak merah pekat

Apabila ditanya tentang lauk wajib buat di rumah, mesti ramai akan jawab Ayam Masak Merah pekat. Dari zaman dulu sampai sekarang, hidangan ini tetap jadi kegemaran ramai.

Selain sebagai lauk harian, Ayam Masak Merah juga menjadi pilihan lauk popular untuk jamuan kenduri kerana warnanya merah menyala dan rasa manis pedas yang menyelerakan.

Resipi Ayam Masak Merah yang dikongsikan oleh Mariana Zainal di Facebook telah membuatkan ramai tertarik kerana hasilnya yang pekat likat pada ayam. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Tepung Ayam Goreng Buat Sendiri Di Rumah, Hasil Rangup Luar Biasa!

RESIPI AYAM MASAK MERAH PEKAT

ayam masak merah pekat

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (dipotong dan digaul dengan garam serta kunyit)
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 hingga 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1½ sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit bahan perasa (jika suka)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 gelas air
  • 1 senduk minyak masak (untuk menumis)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat untuk hiasan)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng ayam yang telah digaul garam dan kunyit sampai separuh masak (jangan terlalu garing), kemudian ketepikan.

2. Selepas itu, kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia sampai halus.

3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama gula serta serai sampai naik minyak.

4. Seterusnya, masukkan sos cili, kacau lagi sampai sebati dan wangi.

ayam masak merah pekat

5. Kemudian, masukkan ayam goreng dan air. Setelah mendidih, masukkan garam dan bahan perasa.

7. Apabila kuah mula pekat, taburkan bawang besar yang dihiris bulat tadi.

8. Akhir sekali, rasa dan sesuaikan garam serta gula. Tutup api apabila kuah cukup pekat dan naik minyak. Siap untuk dihidang!

Ayam Masak Merah yang pekat memang sedap makan dengan nasi putih di rumah. Tapi jika digandingkan dengan nasi minyak atau nasi tomato, memang sempurna kejadiannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Ayam Kukus Sos Tiram Simple & Cepat Siap, Buat Lauk Ini Confirm Suami Tak Cari Lain!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN