resepi tepung ayam goreng

Dalam banyak-banyak lauk, ayam goreng tak pernah mengecewakan selera kerana rangup di luar dan berjus di dalam. Buat resepi Tepung Ayam Goreng versi bajet, lebih puas hati.

Jika pandai bancuh sendiri, bukan saja lebih jimat, malah rasanya pun boleh ikut selera sendiri. Paling penting, ia tak menggunakan modal yang banyak untuk membuatnya.

Resipi yang dikongsikan oleh Mohd Asyraf di Facebook memang nampak ringkas tapi hasil ayam goreng jadi lebih rangup dan sangat memuaskan. Jom kita cuba!

Baca juga: Bancuhan Tepung Goreng Pisang Tak Serap Minyak, Rangup Sampai Ke Petang!

RESEPI TEPUNG AYAM GORENG

resepi tepung ayam goreng

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung atau tepung beras (untuk lebih rangup)
  • 3½ sudu besar garam
  • 2 sudu besar lada hitam
  • ½ sudu serbuk perasa
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • ½ sudu gula

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar halus lada hitam, garam, gula dan serbuk perasa.

2. Kemudian, campurkan semua bahan yang sudah siap ditimbang ke dalam bekas bertutup.

3. Selepas itu, goncang sampai sebati. Siap untuk digunakan!

Cara-cara salut ayam:

1. Mula-mula, perap ayam seperti biasa (guna telur dan sedikit tepung).

resepi tepung ayam goreng

2. Selepas itu, salut ayam dengan tepung kering campuran tadi.

3. Kemudian, terus goreng dalam minyak panas sampai keemasan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Walaupun resipi ini hanya guna modal kecil, tapi hasilnya boleh buat keluarga puas hati. Nak masak menu ringkas di rumah atau untuk bekal, tinggal guna saja tepung serba guna ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Mohd Asyraf

Baca juga: Resepi Tepung Goreng Ayam KFC, Lebih Jimat Kos, Sedap Sebijik Macam Yang Original

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN