ayam masak lengkuas

Masakan Bugis tak kurang hebatnya seperti masakan Jawa. Jika tak pernah makan Ayam Masak Lengkuas sebelum ini, anda wajib mencubanya sekali seumur hidup.

Ayam Masak Lengkuas atau dipanggil juga sebagai Nasu Likku merupakan makanan tradisi suku kaum Bugis. Biasanya lauk ini dijadikan sebagai hidangan pada Hari Raya.

Jika anda teringin tahu bagaimana aroma dan kelazatan Ayam Masak Lengkuas, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Salami Simon di Facebook ini.

Baca juga: Ayam Masak Padang, Resipi MUDAH Bagi Baru Nak Belajar Masak

RESIPI AYAM MASAK LENGKUAS

ayam masak lengkuas

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (sebaiknya ayam kampung atau ayam pencen, potong 12 bahagian)
  • 400 gram lengkuas muda (parut)
  • 7 batang serai (ambil isinya yang putih, parut)
  • 1 liter santan pekat
  • 4 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan lada putih (tumbuk)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • garam (perasa lain: tambahan)

Bahan tumbuk atau kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah

Cara-cara:

1. Masukkan santan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan parut. Masukkan sekali serbuk kunyit dan lada putih.

2. Bila kuah terbit minyak, masukkan daging ayam. Gunakan api sederhana panas supaya masakan perencah meresap dan masak sekata.

3. Bila nampak kuah mula memekat, masukkanlah kerisik. Kacau sekali sekala supaya bawahnya tidak berkerak .

4. Perasakan dengan garam atau perasa pilihan secukupnya.

ayam masak lengkuas

Nak buat Ayam Masak Lengkuas, sebaiknya gunakan ayam kampung ataupun ayam pencen sebab masa memasak yang lama dan perlahan akan jadikan isi ayam lebih lembut.

Jika gunakan ayam daging atau ayam dara, kena tunggu lengkuas dan santan jadi pekat, kemudian baru masukkan ayam untuk mengelakkan ia hancur.

Tak semestinya kena tunggu Hari Raya baru dapat makan, malah anda boleh jadikan hidangan yang lazat ini sebagai lauk tengah hari buat seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Salami Simon

Baca juga: Ayam Masak Lemak Cili Stail Bujang, Cara Campak-Campak Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN