Resipi ayam masak kicap simple ini bukan sahaja mudah disediakan, malah bahan-bahannya juga senang didapati. Dengan beberapa langkah mudah, anda boleh menyediakan hidangan ini untuk makan tengah hari atau makan malam.
Bahan-bahan utama seperti ayam, rempah ratus, dan kicap akan digabungkan untuk menghasilkan rasa yang kaya dan menyelerakan. Resepi ini juga fleksibel, di mana anda boleh menambah atau mengurangkan bahan mengikut selera masing-masing.
Jadi, jom kita mula memasak ayam kicap cara Pak D yang pasti akan memikat selera seisi keluarga!
Baca juga: Tip Masak Kari Ayam Guna Santan Kotak, Dijamin Pecah Minyak Elok!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Goreng ayam terlebih dahulu.
2. Tumbuk bahan-bahan tumbuk hingga lumat.
3. Tumis 4 rempah sekawan hingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar dan bahan tumbuk, kemudian tumis hingga naik minyak.
5. Masukkan rempah kari dan tumis lagi hingga garing.
6. Tambahkan kicap, gula, dan perasa. Tumis lagi hingga sebati.
7. Tak perlu tambah air, biarkan kuah kicap pekat dengan sendiri.
Bahan-bahan di atas boleh disesuaikan mengikut cita rasa dan jumlah ayam yang ingin dimasak. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Dapur Pak De Nashruddin
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Kunyit Berempah Super Mudah, Tak Pandai Masak Pun Boleh Buat!
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…