ayam masak kicap pekat

Kalau ada menu ayam di rumah, memang wajib ada lauk Ayam Masak Kicap dalam hidangan harian.

Resipi yang mudah dan sedap ini memang akan menjadi pilihan keluarga terutama sekali anak-anak yang hendak membesar.

Baca juga: Cara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Sedap Macam Restoran Thai T20

Banyak sebenarnya resipi yang kita boleh buat menggunakan ayam. Resipi dari perkongsian Nurul Ateekah ini nampak senang dan mudah untuk dibuat.

Kalau masak lauk ini memang susah nak tolak. Silap haribulan, bertambah nasi dibuatnya.

Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan di bawah.


Resipi Ayam Masak Kicap Pekat Dan Pedas

Bahan-bahan:

  • Ayam – cuci bersih
  • 8 sdb cili kisar
  • 1 biji ubi kentang – dibelah
  • 1 batang serai – dikatok
  • 1 sdk rempah sup
  • 1 biji tomato – dibelah
  • 1 biji bawang merah – potong bulat
  • 1 batang cili merah – potong serong
  • 1 batang cili hijau – potong serong
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1/2 cawan kicap manis – saya guna cap kipas udang
  • Gula
  • 1 kiub pati ayam – optional

Cara memasak:

1. Panaskan minyak , masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.

2. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Keluarkan sedikit minyak ,Dan Gunakan minyak yg sama untuk menumis. Masukkan serai dan masak sehingga naik bau.

4. Masukkan cili kisar dan masakkan sehingga pecah minyak.

5. Masukkan rempah sup , kicap , gula dan air asam jawa . Gaulkan dan biarkan masak seketika.

6. Masukkan ayam dan ubi kentang yang telah digoreng tadi , bawang merah, cili merah dan cili hijau serta tomato. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.

7. Angkat dan siap untuk dihidang.


Sedapnya bila dapat makan ayam masak kicap pedas likat ni. Makan dengan nasi putih panas-panas pun dah okay sangat. Paling sedap!

Lebih-lebih lagi, bila hidangkan dengan sambal gesek, atau sambal penyet.

Nak buat masakan ni, boleh buat untuk makan tengah hari atau makan malam. Resepi simple senang nak buat dan rasa dia pun terbaik!

Baca juga: Ayam Masak Lemak Cili Api Cara Negeri Sembilan, Tak Payah Letak Bawang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN