ayam goreng kunyit rangup

Ayam goreng kunyit rangup menjadi kegemaran semua peringkat umur tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak.

Kadang-kadang, gandingan ayam goreng bersama nasi putih saja sudah cukup membuka selera. Ada pula kicap manis, bertambah lazat dibuatnya!

Untuk menjadikan ayam goreng kunyit lebih garing di luar dan juicy di dalam, jom cuba tip yang dikongsikan oleh Encik Mohd Haffiz Supai di bawah.

Baca juga: Isi Ayam Tak Laku, Bila Buat ‘Sup Ayam Bungkus’ Macam Ini Confirm Licin!

PETUA AYAM GORENG KUNYIT RANGUP

Berikut merupakan perkongsian oleh beliau yang juga merupakan seorang tukang masak:

“Kalau nak ayam goreng kunyit garing di luar juicy di dalam boleh cuba rendamkan ayam dengan air garam (teknik brine) dan biarkan sejam dua tapi sebaiknya semalaman dan letak dalam chiller.

Sebelum goreng bilaskan dulu sebelum lumur dengan kunyit dan garam. Nak tambah serbuk cili pun boleh. Lepas tu goreng lah macam biasa. Sebaiknya goreng dalam minyak sampai ayam tenggelam sepenuhnya (deep fry).

Hasilnya akan dapat isi yang juicy dan berkilat (lihat gambar). Boleh gunakan teknik brine ni untuk ayam goreng bersalut tepung jugak. Moga bermanfaat pada yang belum tahu.”

ayam goreng kunyit rangup

Sumber resipi dan gambar: Facebook Mohd Haffiz Supai

Baca juga: Resipi Kerabu Ayam Goreng Ini Cukup Rasa Masam, Manis & Pedas, Sedap Ratah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN