Categories: Resipi

Resipi Ayam Sambal Bali, Kuah Pekat Melekat & Lazat Sampai Menjilat Jari

Kalau anda peminat masakan pedas, manis, berperisa dan wangi, ayam bali resepi ini memang wajib dicuba di rumah! Sesuai untuk makan tengah hari atau malam. Satu keluarga dijamin pasti suka.

Selain mudah dibuat, resepi ini juga boleh diubah ikut tahap kepedasan yang anda suka. Sambalnya yang pekat dan aroma daun kari serta serai membuatkan setiap suapan lebih sedap.

Baca juga: Resipi Kari Ayam Kerisik Yang Lain Dari Biasa, Kuah Pekat Berlemak Memang Padu!

AYAM BALI RESEPI SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN

Bahan A (Ayam):

  • 1 ekor ayam kecil atau 8–10 ketul ayam
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara menggoreng ayam:

  1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng ayam sehingga 80% masak, kemudian ketepikan.

Bahan B (Bahan Kisar):

  • 10 biji cili merah
  • 10 biji cili padi merah (ikut tahap kepedasan yang disukai)
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 4 helai daun kari

Bahan C (Bahan Perasa):

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar gula melaka atau gula biasa
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai dan daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak dan naik bau.
  3. Tambahkan sos cili, sos tiram dan gula melaka. Kacau sehingga sambal menjadi pekat.
  4. Masukkan ayam goreng tadi, gaul rata sehingga ayam bersalut sambal.
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa.

Sumber: Danish Batrisya

Baca juga: Cara Masak Ayam Sweet Sour Ala Restoran Cina, Rangup & Sedap Dengan Kuah Manis Pedas!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

9 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

10 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

10 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

11 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

11 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

12 hours ago