resepi ayam sweet sour

Resepi ayam sweet sour ini wajib dicuba kalau anda peminat makanan Cina. Kuah pedas manis bersama ayam rangup pasti buat semua orang suka.

Bukan itu saja, menu ini juga ditambah dengan bawang, tomato dan cili merah untuk menambah rasa segar serta warna menarik. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Ayam Sambal Butter Pedas Manis, Dah Curah Kuah Pun Masih Rangup!

RESEPI AYAM SWEET SOUR

resepi ayam sweet sour

Bahan-bahan:

  • Ayam, dipotong dadu kecil
  • Tepung gandum, tepung jagung, tepung beras (nisbah 5:2:2)
  • Secubit soda bikarbonat
  • Sedikit lada sulah dan serbuk perasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • 5 sudu cili sos
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu cuka
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu gula
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/2 biji tomato (dipotong dadu)
  • Hirisan cili merah
  • Daun ketumbar (untuk hiasan, optional)

Cara-cara:

  1. Potong ayam menjadi dadu kecil. Gaulkan ayam dengan campuran tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras mengikut nisbah 5:2:2. Tambahkan secubit soda bikarbonat, sedikit lada sulah dan serbuk perasa. Gaul hingga sebati dan goreng ayam hingga kekuningan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak daripada menggoreng ayam untuk menumis. Masukkan 5 sudu cili sos, 1 sudu sos tiram, 2 sudu cuka, 1/2 cawan air dan 1/2 sudu gula. Gaul hingga sebati. Jika sos terlalu pekat, tambah sedikit air.
  3. Tambahkan bawang besar, tomato, hirisan cili merah dan ayam goreng ke dalam sos. Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
  4. Angkat dan hidangkan. Untuk nampak lebih menarik, hiaskan dengan daun ketumbar sebelum dihidang.

Sumber: Ameen Fami

Baca juga: Resepi Masak Kurma Ayam, Tips Tumis 3 Kali Sampai Garing Buat Kuah Lebih Sedap Dihirup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN