ayam balado

Masakan Melayu memang terkenal dengan kepedasan yang membara, tapi itulah yang membuatkannya disukai ramai seperti Ayam Balado yang cukup padu.

Sambal pada Ayam Balado sebenarnya sesuai juga digunakan untuk memasak udang, sotong, ikan, telur rebus, daging dan banyak lagi mengikut citarasa masing-masing.

Sesetengah orang menyebutnya sebagai Ayam Berlada, ada juga yang memanggilnya Ayam Berlado. Apa pun panggilan yang diberi, rasanya yang mantap memang tak disangkal lagi.

Perkongsian resipi Ayam Balado oleh Nana Sabrina Sarsan telah menarik perhatian ramai di Facebook kerana hasilnya sangat menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Sambal Bali, Buat Lauk Ini ‘Confirm’ Suami Dah Tak Makan Luar

RESIPI AYAM BALADO

ayam balado

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak masak
  • Gula
  • ½ inci asam keping
  • Bawang besar (dihiris)

Bahan-bahan kisar:

  • 1 biji bawang merah bombay
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 batang cili merah
  • 10 batang cili padi hijau

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar bahan yang diperlukan. Kisar basah dan sekejap saja, cukup setakat cili itu hancur.

2. Setelah itu, perap ayam dengan kunyit dan garam dahulu. Kemudian, goreng sehingga garing.

ayam balado

2. Seterusnya, gunakan minyak yang sama, kurangkan sedikit, tumis bahan-bahan kisar sehingga terbit minyak. Jika kurang minyak, tambah lagi. Pastikan terbit minyak.

3. Selepas itu, masukkan garam, sedikit gula dan ½ inci asam keping. Asam keping jangan banyak nanti masam pula.

4. Akhir sekali, masukkan ayam dan bawang besar yang telah dihiris. Kemudian, kacau sehingga bawang layu. Siap untuk dihidang!

Bukan saja tak perlukan banyak bahan untuk menyediakan Ayam Balado yang sedap ini, malah cara memasaknya juga sangat mudah tanpa jalan kerja yang banyak.

Peminat makanan pedas pasti menyukai Ayam Balado yang memang kena dengan tekak. Jika anda hidangkan ini untuk keluarga di rumah, pasti mereka akan memuji kesedapannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nana Sabrina Sarsan

Baca juga: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin, Guna Minyak ‘Ini’ Baru Ada Aroma Pengantin!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN