Ayam bakar kicap juicy ini anda boleh buat versi biasa atau versi pedas. Jadi, tak peninglah kalau nak buat untuk anak-anak. Tahap kepedasannya pun boleh adjust sendiri ikut selera masing-masing.
Baca juga: Kepak Ayam Crispy Garlic Bersama Sos Garlic, Resipi Viral Lebih 6.7K Shares Tau!
Resipi ini sebenarnya agak ringkas dan bahan pun yang memang dah biasa kita gunakan di dapur. Tapi rasanya sedap sampai ke isi dan tulang. Padahal tak perlu diperap. Isi ayam yang lebih juicy ni sebenarnya lebih sedap dan berperisa.
Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Khadijah Jaafar dari laman Facebook ini.
RESIPI AYAM BAKAR KICAP JUICY
Tak diperlu diperap pun. Tahap kepedasannya tu boleh adjust kuantiti cilinya. Sangat sedap dihidangkan bersama dengan sambal tomato. Bagi yang gemar cuba resepi baru, korang patut cuba resepi ni.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 2 sudu besar cili kisar
- 4 sudu besar kicap manis
- 3 helai daun salam/bay
- 400 ml air
- Gula perang
- Sedikit air asam jawa
- Garam
Bahan kisar:
- 4 biji bawang putih
- 6 biji bawang merah
- 2 biji cili merah
- 2 biji cili api
- 1/2 sudu besar ketumbar
- 3 cm lengkuas
- 3 cm kunyit
- 3 cm halia
Cara penyediaan:
1. Blendkan semua bahan kisar. Panaskan minyak berserta mentega. Tumiskan bahan kisar, cili kisar & daun bay sehingga pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan air asam jawa. Masukkan kicap manis. Kacau sehingga sebati. Masukkan gula perang dan garam. Kuantitinya mengikut citarasa masing-masing, jika suka manis boleh lebihkan.
4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan hingga rempahnya menyaluti ayam.
5. Masukkan air. Biarkan sehingga kuahnya agak kering. Lebih kurang dalam 15 – 25 minit. Masa ni ikut pada saiz ayam, cik tie guna ayam saiz kecil dalam 15 minit sahaja. Bagi ayam bersaiz besar perlu dimasak lebih lama.
6. Keluarkan ayam. Bakar ayam dalam oven selama 20 minit pada suhu 170 C. Pastikan oven dipanaskan dahulu dalam 15 minit. Letakkan ayam di rak paras dua gunakan api api atas bawah. Terbaik ayam di bakar di atas jaring, jika di atas dulang nanti bahagian bawahnya jadi basah. Di rak paling bawah letakkan tray yang di alas aluminium foil supaya air ayam menitik di atas tray.
7. Pada minit ke 10 sapukan ayam dengan kuahnya, supaya ayam nampak lebih cantik & berkilat. Sambung lagi 10 minit lagi bakar.
8. Siap, boleh hidangkan dengan nasi panas dan sambal tomato.
Selamat mencuba resipi Ayam Bakar Kicap Juicy ini.
Baca juga: Ayam Masak Cendawan Shitake, Masakan Cina SIMPLE Dan Sedap