Selama ini kita sering nampak asam pedas ikan saja, jadi kali ini anda boleh buat kelainan dengan resipi Asam Pedas Ayam Johor dengan cara memasak yang cukup mudah.
Dengar namanya saja, sudah tahu lauk ini popular di Johor, Malaysia yang terkenal dengan rasa pedas, asam dan kaya dengan rempah. Senang cerita, orang Johor mesti tahu punya.
Kami tertarik dengan perkongsian nisaa.0002 di TikTok yang menunjukkan resipi asam pedas menarik dengan cara yang sangat mudah dan nampak menyelerakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Kuah Asam Laksa Chinese Style, Wajib Ada Daun ‘Ini’ Baru Naik Aromanya
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan minyak (minyak kena banyak supaya sambal dapat dimasak dengan cantik).
2. Selepas itu, tumis cili kisar sampai pecah minyak.
3. Sebelum pecah minyak, masukkan daun kesum supaya lebih wangi.
4. Apabila hampir pecah minyak, masukkan asam jawa.
5. Kemudian, masukkan ayam dan terus gaul sampai sebati.
6. Masukkan juga garam, serbuk perasa, sedikit gula (jika tak tahan pedas) dan air secukupnya.
7. Jika ada bendi, boleh masukkan juga sekaligus.
8. Apabila sudah mendidih, cuba rasa dan tambah apa yang patut (asam pedas Johor kena pekat, jika cair nanti jadi asam pedas Melaka pula). Siap untuk dihidang!
Setelah buat resepi Asam Pedas Ayam Johor ini, kami yakin keluarga anda pasti berselera makan nanti kerana aromanya mampu membuatkan sesiapa pun boleh terliur.
Selamat mencuba!
Sumber: nisaa.0002
Baca juga: Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas Johor, Kuah Pekat Elok Baru Kaw!
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…