Appam manis ini adalah sejenis pancake atau crepe yang diperbuat daripada doh yang diperam. Biasanya dibuat daripada campuran beras, kelapa parut, air dan yis, yang kemudiannya ditapai selama beberapa jam atau semalaman.
Doh yang diperam akan memberikan tekstur yang ringan dan berongga apabila dibakar. Proses peram itu sebenarnya yang memberikan rasa appam yang tersendiri.
Baca juga: Resipi Laddu Yang Anda Boleh Cuba, Antara Manisan India Popular
Untuk membuatnya, adunan dituangkan ke dalam kuali bulat khas yang dipanggil “appachatti” atau “pan appam.” Kuali ini mempunyai bahagian tengah yang lebih dalam dan bahagian tepi yang lebih nipis, jadi apabila adunan dituang, bahagian tengah akan menjadi lebih tebal manakala bahagian tepi akan menjadi lebih nipis.
Ikuti resipi penuh di bawah menerusi perkongsian dari Fidz ini.
Appam / apom lenggang / apom manis cara saya. Mudah dan cepat. Tak payah peram lama-lama. Kat kampung dulu appam ini sangat popular. Masa kecil, ada aci india jual letak dulang atas kepala dia. Lepas dia meninggal, susah dah nak cari appam ini. Lepas itu ada org jual di kawasan pasar pagi. Kalau balik kampung mesti cari.
Bahan-bahan A:
(Gaul kering semua ini dalam satu mangkuk)
Bahan-bahan B:
Bahan C:
Cara-cara penyediaan appam manis:
Untuk kuah santan: Masak atas api perlahan 150ml santan pekat / sederhana pekat + 3 sudu besar gula dan 1 sudu teh garam (ini boleh adjust sendiri). Dah naik asap, tutup api. Done. Masa hidangkan boleh tuang santan dibahagian tengah appam.
Selamat mencuba.
Sumber: Fidz
Baca juga: Ulunthu Vadei Kuih Tradisi India, Elok Lembut Ikut RESIPI Ini
Pernah tak anda masak pulut, tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan? Pulut jadi lembik, tak…
Ramai yang menganggap cuka makan sekadar digunakan untuk masakan seperti acar atau penambah rasa dalam…
Biasanya kita hanya guna garam dan kunyit, atau pes perapan segera untuk menggoreng ayam atau…
Baru-baru ini heboh di media sosial tentang Apam Cornetto yang comel dan menarik. Kali ini,…
Selain karipap dan donat, Kuih Keria juga sering dijual dan mendapat permintaan ramai. Sebenarnya, ada…
Resipi pengat pisang adalah hidangan tradisional Melayu yang popular, sesuai dinikmati ketika cuaca dingin atau…