Categories: Resipi

Petua Masak Mi Goreng Agar Tak Serap Kuah & Jadi Kembang, Sehari Pun Masih Likat & Basah!

Siapa yang masih failed setiap kali masak mi goreng basah? Jom kita sama-sama belajar resepi mi goreng ini beserta tips untuk mengelakkan mi menyerap kuah dan seterusnya menjadi kembang.

Resipi perkongsian oleh Riana Samad ini dijamin kekal likat dan berkuah walaupun selepas semalaman. Contohnya jika masak pada waktu malam, keesokan pagi ia masih basah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Char Kuetiau Paling Mudah, Tak Perlu Guna Pes Atau Air Kulit Udang!

RESEPI MI GORENG

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee kuning (rendam dan tos)
  • 3 biji bawang putih & 4 biji bawang merah (kisar)
  • 1/2 sudu cili giling
  • Secubit asam jawa
  • Sotong, bebola ikan, daging (hiris)
  • 1 biji bawang (hiris)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 5 sudu sos cili
  • 5 sudu sos tomato
  • 5 sudu sos tiram
  • Kicap manis
  • Sayur

Cara memasak:

1. Tumis bawang kisar sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili giling dan asam jawa. Tumis lagi sampai dah tak mentah dan naik bau wangi.

2. Masukkan semua sos. Tumis lagi sampai pecah minyak. Kemudian masukkan sesuku cawan air baru masukkan udang daging dan bebola. (Pastikan sesuku cawan sahaja, tumis lagi sampai masak)

3. Masukkan pula buah tomato, sayur bawang besar dan cili. Air jangan banyak sebab nanti mee jadi kembang dan kuah dia akan kering.

4. Ini tips supaya mee berkuah dan basah walaupun guna air sikit. Pastikan letak sos tomato, cili dan tiram dalam kuantiti yang banyak. Pastikan jangan kedekut sos gais. Jadi yang memekatkan mee tu adalah sos bukan air.

5. Masukkan mee dan kacau rata. Sambil itu boleh masukkan kicap dan serbuk perasa. Apabila hampir masak, boleh masukkan tauge dan kacau sebati.

6. Apabila semua sudah sebati boleh tutup api. Tak perlu letak garam dan gula sebab segala sos tadi sudah cukup untuk memasin dan maniskan mee. 

7. Akhir sekali, boleh tambah hirisan daun sup dan bawang goreng. Perahkan juga limau nipis baru lagi terangkat! Selamat mencuba.

Kredit resipi dan gambar: Riana Samad

Baca juga: Tip Goreng Kuetiau Tak Hancur Dan Lembik, Ini 9 CARA Yang Boleh Dicuba

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

7 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

7 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

7 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

8 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

8 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

11 hours ago