Categories: Resipi

Koleksi Resipi Masakan India, Chef Ini Kongsi Sempena Deepavali

Anda teringin nak mencuba resipi baharu? Mari kita lihat koleksi resipi masakan India sempena perayaan Deepavali ini.

Untuk pengetahuan anda, Deepavali merupakan salah satu perayaan paling penting dalam agama Hindu. Ia merupakan festival cahaya yang dirayakan dan kebiasaannya berlangsung selama lima hari pada bulan Oktober atau November mengikuti kalendar Hindu.

Baru-baru ini bertempat di hotel Le Meridian Kuala Lumpur, Chef Thinesh telah berkongsi dua resipi mudah sempena Deepavali bersama demo bagaimana membuat hidangan Ayam Makhni serta Kambing Rogan Josh.

Baca juga: Resipi Laddu Yang Anda Boleh Cuba, Antara Manisan India Popular

Memang mudah dan boleh dipraktikkan di rumah. Jom ikuti resipi penuh di bawah. 


KOLEKSI RESIPI MASAKAN INDIA SEMPENA DEEPAVALI

1. Ayam Makhni (Ayam Indian Butter)

 Bahan utama:

  • 1 kg ayam bahagian thigh tanpa tulang – potong dadu
  • 50 ml minyak masak

 Bahan perapan ayam:

  • 300 gram yogurt plain
  • 15 gram serbuk garam masala
  • 25 gram serbuk cili
  • 25 gram serbuk ketumbar
  • 15 gram serbuk jintan manis
  • 15 gram daun kering funegreek
  • Garam dan serbuk lada hitam

 Bahan rempah:

  • 6 biji bunga cengkih
  • 10-15 biji lada hitam
  • 1 helai bay leaves
  • 1 sudu kecil biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis

 Bahan sos butter: 

  • 2 kg tomato – kisar halus
  • 500 ml stok ayam – kisar halus
  • Segenggam badam (20-25 biji) – kisar untuk jadikan pes
  • 3 biji bawang besar – dihiris halus
  • 2 sudu teh pes halia-bawang putih
  • 50 gram butter
  • 50 ml sudu besar krim
  • 60 gram daun ketumbar – dihiris

 Cara-cara memasak:

  1. Dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan untuk perapan ayam.
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong dadu dan gaulkan. Tutup dan perapkan semalaman.
  3. Untuk bahan-bahan rempah, sangai ke semua rempah dalam kuali kecil. Kisar halus dalam blender. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak dalam kuali non-stick dan tumis bawang besar bersama pes halia-bawang putih hingga naik bau.
  5. Masukkan ayam, dan goreng hingga ayam masak.
  6. Masukkan bahan rempah kering ke dalam ayam dan gaul sebati.
  7. Tuangkan pati ayam dan tomato segar yang dikisar bersama dan reneh hingga ayam empuk.
  8. Masak lagi selama 15 minit untuk bagi ayam tersebut betul-betul masak.
  9. Masak dengan api perlahan, dan akhir sekali, masukkan pes badam, mentega dan krim. Reneh selama 10 minit.
  10. Siap.

 Cara menghidang: Hiaskan dengan daun ketumbar dan boleh di hidangkan bersama roti canai, roti naan atau nasi   putih.


2. Kambing Rogan Josh 

Bahan-bahan:

  • 5 kg daging kambing
  • 100 ml minyak mustard
  • 2 kg bawang merah – dihiris
  • 200 gram pes halia dan bawang putih
  • 200 gram pes tomato
  • 100 gram pes cili hijau
  • 200 gram tomato – dikisar
  • 1 kg yogurt plain
  • 25 gram serbuk fennel
  • 20 gram serbuk ketumbar
  • 20 gram serbuk cili kashmiri (optional)
  • 10 gram serbuk degi mirch (optional)
  • 5 gram serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Bahan garam masala:

  • 1 helai bay leaf
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga hijau
  • 2 biji buah pelaga hitam
  • 4 biji bunga cengkih

 Cara-cara memasak:

  1. Dalam periuk, panaskan minyak sawi. Setelah panas, masukkan ke semua bahan garam masala dan biarkan ia naik bau.
  2. Masukkan hirisan bawang besar dan tumis hingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan pes halia dan bawang putih dan tumis hingga keperangan.
  4. Masukkan daging kambing yang telah dipotong dadu dan tumis sehingga ia mendapat masak.
  5. Kemudian, masukkan tomato dan cili pes.
  6. Masak dengan api perlahan dan tutup dengan penutup selama 30 minit.
  7. Akhir sekali, masukkan yogurt dan semua rempah ratus. Biarkan daging kambing masak sehingga empuk (anggaran 45 minit – 1 jam).
  8. Kemudian perasakan dengan garam. Siap. ​

Selamat mencuba!

Baca juga: Ayam Varuval Resipi Mudah, Antara Masakan India Yang Popular

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

7 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

7 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

7 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

8 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

9 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

9 hours ago