Categories: Resipi

Resipi Apam Tepung Beras Tanpa Nasi Sejuk, Hasilnya Tetap Lembut & Gebu Bila Dimakan!

Apam tepung beras tanpa nasi ini sangat mudah dibuat, malah teksturnya lembut dan kenyal. Apatah lagi, bahan-bahan yang diperlukan juga sangat senang nak dapat. Jadi, anda boleh cuba di rumah walaupun tiada nasi sejuk.

Yang menariknya, apam ini hanya menggunakan tepung gandum, tepung beras, gula, air, garam dan yis sahaja. Semua bahan ini dicampur dan dikisar sehingga sebati sebelum ditambah yis.

Selain mudah dibuat, apam tepung beras tanpa nasi ini boleh dikukus dalam acuan kecil atau besar mengikut kesesuaian dan pastinya aroma manis serta tekstur lembutnya akan membuatkan semua orang suka.

Baca juga: Resipi Kek Apam Coklat Lembut & Gebu, Ini Rahsia Supaya Tak Ada Bau Hanyir Telur Langsung!

RESEPI APAM TEPUNG BERAS TANPA NASI

Bahan-bahan: (gunakan cawan yang sama saiznya untuk semua bahan)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 ½ cawan gula
  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 11 gram yis Mauripan

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan (kecuali yis) ke dalam bekas pengisar dan kisar sehingga sebati. Pastikan jumlah air tidak lebih atau kurang.
  2. Setelah adunan sebati, masukkan yis dan kacau menggunakan pemukul telur supaya yis sebati dengan adunan.
  3. Perhatikan adunan. Jika terdapat buih-buih kecil di atasnya, itu tanda yis sedang aktif. Dalam masa 30 minit adunan akan naik.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan (boleh penuhkan jika guna acuan paling kecil).
  5. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit atau sehingga masak.

Tips: Resipi ini tanpa nasi, tapi tetap sedap. Kalau guna nasi, teksturnya lebih kenyal dan baunya wangi.

Sumber: Amira Abdul

Baca juga: Resipi Apam Kampung Cara Orang Lama Yang Lembut & Wangi, Tak Pernah Jemu Makan!

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago