resepi kuih apam kampung

Jom kita cuba buat sendiri resepi kuih apam kampung yang lembut, gebu dan penuh nostalgia ini di rumah. Kuih tradisional ini sangat mudah dibuat, bahan pun ringkas saja.

Apam kampung ini antara kuih tradisi yang tak pernah jemu dimakan. Lagi sedap kalau dinikmati dengan kelapa parut yang lemak masin. Ayuh lihat resipi penuh di bawah!

Baca juga: Resipi Butir Nangka, Kuih Manis Berkuah Yang Paling Nikmat Bila Sejuk-Sejuk!

RESEPI KUIH APAM KAMPUNG CARA ORANG DULU-DULU

resepi kuih apam kampung

Bahan adunan apam:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula merah
  • 2 cawan air suam (jangan guna air sejuk)
  • 1 peket yis kering Mauripan

Bahan salut:

  • Sedikit kelapa parut putih, gaul dengan secubit garam (Boleh juga campur dengan daun pandan yang dipotong kecil, lebih wangi)

Cara penyediaan:

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, gula merah, yis dan air suam.
  2. Kacau menggunakan whisk hingga sebati.
  3. Tutup bekas dan peram selama 1 jam 10 minit.
  4. Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih.
  5. Sapu sedikit minyak pada loyang bersaiz 8 inci (kalau nak apam lebih nipis, boleh guna loyang 9 inci).
  6. Jangan kacau atau gaul adunan yang dah diperam tadi. Terus tuang saja ke dalam loyang. (Jangan hentak loyang sebab ini bukan kek ya)
  7. Kukus dengan api besar selama 40–45 minit.
  8. Biarkan sejuk sekejap sebelum dipotong menggunakan benang supaya potongan lebih cantik.
  9. Jika suka, gaul apam yang siap dipotong dengan kelapa parut yang sudah dikukus 5 minit.

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Cara Buat Kuih Lompang, Ikut Sukatan Ini Confirm Jadi Cantik & Berlubang Tengah Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN