
Resipi kek apam coklat ini sangat mudah kerana tidak memerlukan oven. Hanya guna pengukus sahaja, anda sudah boleh hasilkan kek yang gebu, lembut dan memikat selera.
Selain itu, resipi ini juga dijamin tidak berbau hanyir telur sama sekali. Sebab itulah ramai yang suka buat berulang kali. Bila sekali cuba, pasti terus jatuh cinta dan tak cari resipi lain dah.
Jadi, kalau tiba-tiba teringin nak makan kek, bolehlah cuba buat apam coklat kukus ini. Pasti menjadi dan sedap dimakan panas-panas! Bahan-bahannya ringkas, cara buat pun senang.
Baca juga: Resipi Tart Telur Portugis Sedap Macam Dekat Kedai Kek, Makan Sebiji Confirm Tak Cukup!
RESIPI KEK APAM COKLAT

Bahan-bahan:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan susu cair
- 3 biji telur gred A
- 1¼ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 tutup esen vanilla
Cara-cara:
- Masukkan serbuk koko, gula, marjerin dan susu cair ke dalam kuali.
- Panaskan atas api sederhana sekadar untuk larutkan bahan. Masukkan esen vanilla, tutup api dan biarkan sejuk.
- Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda.
- Tuangkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan coklat tadi, gaul hingga sebati.
- Sapukan marjerin pada acuan, kemudian tuang adunan ke dalamnya.
- Panaskan air kukusan hingga mendidih, kemudian kukus selama 30 minit.
- Bila masak, keluarkan kek dan potong. Sedia untuk dihidangkan!
Sumber: Shida Ambok
Baca juga: Resipi Kek Marble Vanilla Tanpa Guna Mixer, Gerenti Jadi Walaupun Pertama Kali Cuba!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














