Apam kampung gula merah ini memang klasik dan sempurna untuk dinikmati sebagai hidangan petang atau sarapan pagi. Kalau nak lagi sedap, wajib tabur kelapa parut yang telah digaul dengan garam!
Automatik membawa rasa nostalgia kuih tradisional yang sukar dilupakan. Berikut adalah cara penyediaan apam kampung gula merah yang lembut dan enak.
Jom baca!
Baca juga: Resipi Apam Mekar Guna Sukatan Cawan, ‘First Time’ Buat Pun Cantik Elok
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1. Larutkan 1 cawan gula merah dalam 2 cawan air panas. Kacau hingga gula larut sepenuhnya. Pastikan gula merah yang digunakan adalah jenis gelap dan lembap untuk hasil yang lebih baik.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, santan, yis, dan garam halus. Kacau bahan-bahan ini menggunakan whisk hingga sebati.
3. Tambahkan larutan gula merah yang telah disediakan dan gaul lagi sehingga semuanya bercampur rata.
4. Jika adunan terlalu likat, tambah sedikit air untuk mencapai konsistensi yang sesuai—tidak terlalu likat, tetapi juga tidak terlalu cair.
5. Tutup adunan dengan plastik pembalut dan biarkan ia berehat selama kira-kira 1 jam atau sehingga adunan naik dua kali ganda dan berongga.
6. Sediakan loyang bersaiz 8×8 inci dan oles sedikit minyak pada permukaannya. Jangan kacau adunan yang telah berongga, tuang sahaja ke dalam loyang.
7. Kukus adunan selama 30-40 minit sehingga masak sepenuhnya.
8. Setelah apam masak, biarkan ia sejuk sebelum dipotong. Taburkan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam sebagai hiasan sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Shida Razak KC
Baca juga: Apam Kuala Kangsar, Kuih Tradisional Gebu Macam Bantal!
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…
Sup sayur campur adalah hidangan yang bukan sahaja menyihatkan, tetapi juga sangat lazat dan sesuai…
Jika anda sempat singgah ke Negeri Sembilan, pasti pernah makan masak yang cukup popular di…