Categories: Resipi

Roti Wrap Paling Simple Dan Sedap Untuk Sarapan, 10 Minit Dah Siap!

Nak sediakan sarapan sedap untuk keluarga tersayang di rumah cukup mudah dengan membuat resipi Roti Wrap yang cukup ringkas.

Roti Wrap juga dikenali sebagai tortilla iaitu hidangan yang diperbuat daripada roti leper lembut yang membungkus lauk dan sayur sebagai inti.

Selain nasi dan roti gandum penuh, Roti Wrap merupakan salah satu pilihan lain sebagai sumber karbohidrat yang boleh diambil untuk sarapan atau makan tengah hari.

Resipi Roti Wrap yang dikongsikan oleh Madam B di Facebook ini cukup mudah dalam masa 10 minit saja. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Roti Kukus Terlajak Gebu, Lembut Macam Ini Memang Puas Makan!

RESIPI ROTI WRAP/SHINJUKU ROLL

Bahan Bahan:

  • Bawang Holland
  • Cili atau lada benggala
  • Daun Kucai
  • Daun Bawang
  • Timun Jepun
  • Tomato
  • Lemon
  • 1 biji telur (dipukul rata)
  • Roti roll-up wraps
  • Sosej

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong bawang holland, cili atau lada benggala, daun kucai, daun bawang, timun jepun dan tomato dalam bentuk dadu kecil-kecil.

2. Selepas itu, gaulkan semuanya dan perah sedikit lemon, kemudian tuang telur ke dalam adunan dan gaulkan semula bagi rata.

3. Panaskan roti roll-up wraps dalam air fryer dengan suhu 150ºC dalam air fryer selama 5 minit.

4. Masukkan bahan gaulan di atas roti roll-up wraps dan tetapkan suhu 180ºC selama 5 minit.

5. Setelah selesai, bawa keluar dan gulung cantik. Siap untuk dihidang!

Walaupun sekejap saja sudah siap, namun anda akan terkejut dengan hasil Roti Wrap yang lembut berjus, sayur-sayuran tak terlebih masak dan telurnya dimasak sempurna.

Anda boleh gunakan pelbagai bahan untuk dijadikan sebagai intinya seperti hirisan daging lembu, ayam, ikan, telur, keju atau pelbagai sayur-sayuran seperti bawang, sawi dan lain-lain.

Resipi ini sangat sesuai buat mereka yang nak cepat siap pada waktu pagi, keluarga anda pun mesti suka sarapan ringkas tapi sedap seperti hidangan ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Madam B

Baca juga: Resepi Roti Goreng Tanpa Serap Minyak, Sedap Dibuat Sebagai Sarapan

Aimi

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago