apam balik crispy

Setiap kali pergi ke pasar malam, kita akan nampak ramai peniaga yang menjual apam balik terutamanya Apam Balik Crispy yang sungguh lazat.

Peniaga di pasar malam membuat Apam Balik Crispy dengan menggunakan kuali khas, kemudian ditabur dengan kacang dan gula.

Jika di rumah, anda boleh gunakan kuali anti lekat untuk buat Apam Balik Crispy seperti yang ditunjukkan oleh Siti Nadirah di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Sosej Gunting Lazat Untuk Minum Petang, Macam Beli Kat Pasar Malam!

RESIPI APAM BALIK CRISPY

apam balik crispy

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar susu pekat
  • ¼ cawan gula*
  • 1 sudu kecil yis*
  • ½ cawan air suam*
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecik soda bikarbonat
  • sedikit garam
  • 1 biji telur saiz kecil
  • 1 cawan susu segar (jika tiada, boleh saja letak air kosong)

Bahan-bahan topping:

  • Jagung
  • Kacang tanah (disangai dan ditumbuk kasar)
  • Gula
  • Sedikit marjerin (untuk disapu pada permukaan apam balik setelah masak)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan bahan bertanda gula, yis dan air suam dalam satu cawan. Tutup permukaan cawan dan biarkan 5 minit. Setelah naik berbuih, boleh dicampur dalam adunan tepung nanti.

2. Selepas itu, pecahkan telur. Kacau dengan whisk sehingga berbuih dan campur semua bahan di atas. Kemudian, kacau sehingga sebati dan tuang campuran yis tadi. Kacau sehingga sebati lagi.

3. Seterusnya, biarkan dalam 30 minit dan boleh dioles pada permukaan kuali anti lekat (tak perlu sapu minyak) dalam 1 senduk atau lebih sikit.

4. Api dapur hanya guna api perlahan saja untuk elakkan ia hangus. Nampak sudah separuh kering, bolehlah tabur gula, jagung dan kacang tanah. Setelah masak, lipat dua.

apam balik crispy

5. Setelah siap masak, boleh sapu sikit marjerin pada kulit apam balik. Siap untuk dinikmati!

Apam Balik Crispy dibuat dalam bentuk yang nipis. Oleh sebab itu, adunannya tak terlalu banyak ketika diratakan atas kuali anti lekat.

Jika anda lebih sukakan Apam Balik yang tebal dan gebu, boleh lebihkan adunan di atas kuali anti lekat dan hasilnya tetap sedap tak terkata.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Nadirah

Baca juga: Cendawan Goreng Rangup, Tambah Bahan ‘Ini’ Jadi Sedap Sampai Melenting!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN